Di dalam sebuah taman, tinggal seekor kupu-kupu dan seekor rama-rama. Setiap hari kupu-kupu melihat rama-rama yang berwarna-warni terbang dengan lembut gemalai dengan perasaan cemburu. Dia merasa dirinya yang berwarna coklat terlalu hodoh jika dibandingkan dengan rama-rama yang berwarna-warni.
Pada suatu hari, kupu-kupu melihat dua kanak-kanak memasuki taman itu dengan membawa jaring. Sebaik sahaja terpandangkan kupu-kupu, kanak-kanak itu pun mengejarnya dan cuba menangkap kupu-kupu dengan jaring mereka. Tetapi tiba-tiba mereka terlihat pula rama-rama yang sedang hinggap di atas sekuntum bunga.
"Yang itu lagi cantiklah!", jerit kanak-kanak itu lalu terus menyerkup rama-rama yang tidak menyedari kehadiran kanak-kanak itu. Rama-rama tidak dapat melepaskan diri lagi. Ia dimasukkan ke dalam botol dan dibawa pergi.
Kupu-kupu terpinga-pinga dengan kejadian itu. Jika tidak kerana rupanya yang tidak menarik, tentulah dia berada di tempat rama-rama tadi. Kupu-kupu mula sedar bahawa setiap anugerah Allah itu ada rahsianya. Setiap anugerah ada buruk baiknya dan wajib setiap makhluk mensyukuri segala nikmat yang Tuhan kurniakan.
:D :D :D

No comments:
Post a Comment