Total Pageviews

Popular Posts

BERHATI-HATILAH

Sudah macam menjadi suatu kebiasaan masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi, iaitu apabila diterima suatu berita (terutamanya melibatkan berita-berita yang panas, hangat dan sensasi), berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti Facebook, Twittter, blog dan sebagainya, berita-berita tersebut akan terus di 'forward' kepada semua rakan-rakan terdekat. Persoalannya, adakah ini dibolehkan dalam islam?

Tahukan kita akan kebenaran berita yang kita sebarkan? Ramai yang menyangkan berita yang disebarkan selalunya benar. "Takkanlah kawan aku nak bohong...". Itu mungkin ayat pertama yang keluar apabila ditanya tentang kebenaran sesuatu kisah. Kawan kita mungkin berkata benar namun masalahnya disini, kebanyakan cerita yang kita dengar di zaman moden ini biasanya telah melalui pelbagai jenis manusia (yang kita tidak tahu akan latar belakangnya) sebelum kisah tersebut sampai kepada kita. Dengan itu, mustahil untuk kita sahkan sesuatu cerita kerana kredibiliti penyampaian cerita itu boleh dipersoalkan.


Kenapa perlu pastikan cerita yang kita dengar sahih? Tak boleh ke kita terima jer?

Allah berfirman (maksudnya),
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam meletakkan syarat tersebut bagi mengelakkan kesan buruk akan berita yang akan kita sampaikan (terutamanya melibatkan berita yang mana kredibiliti penyampainya boleh dipersoalkan) daripada menimpa masyarakat keseluruhannya.

Allah berfirman (maksudnya),
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).


Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindak tanduk kita kerana malaikat sentiasa mencatata setiap perbuatan kita. Bukan sukar untuk kita terlibat di dalam penyebaran berita palsu terutamanya di zaman ini.

Sebagai contoh, katakan kita ada menerima suatu e-mel yang menceritakan tentang sesuatu kisah. Tanpa berfikir panjang, kita forward-kan e-mel tersebut kepada semua rakan kita. Kisah tersebut dihantar oleh rakan baik kita. Rakan baik kita pula menerimanya melalui orang lain. Jika ada salah seorang daripada rantaian penyebar kisah tersebut yang telah meminda/mengubah/menambah sedikit fakta daripada cerita yang disebarkan, kita secara tidak langsung telah dikira menyebarkan berita yang tidak benar, walaupun bukan kita yang mengubah cerita tersebut.

Allah berfirman (maksudnya),
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)


Aku tak sebar cerita palsu !

Katakan kali ini kita dapat memastikan bahawa cerita yang kita sebarkan itu benar. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba (Namimah), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)


Al-Bukahri dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., bahawa Nabi Bersabda (maksudnya),
"Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesugguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ingatlah akan pesan Nabi dan juga larangan daripada Allah SWT. Kesan budaya forward men-forward ini sangatlah buruk baik kepada individu mahupun masyarakat. Saya menyeru kepada anda semua agar kita hentikan segera budaya menyebarkan cerita dengan sesuka hati tanpa usul periksa.

Takutlah pada dosa dan azab Allah SWT.
Post a Comment

Google+ Badge

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box


Shoutbox

Followers

Google+ Followers

Follow by Email















MATA PENA








saya sayang mak abah




















































ALLAHU ALLAH











MATA PENA










NAFS





SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD



♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

BERHATI-HATILAH

Sudah macam menjadi suatu kebiasaan masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi, iaitu apabila diterima suatu berita (terutamanya melibatkan berita-berita yang panas, hangat dan sensasi), berita tersebut akan terus disebarkan tanpa usul periksa. Sama ada secara lisan, SMS, atau sebarang bentuk medium penghantaran moden seperti Facebook, Twittter, blog dan sebagainya, berita-berita tersebut akan terus di 'forward' kepada semua rakan-rakan terdekat. Persoalannya, adakah ini dibolehkan dalam islam?

Tahukan kita akan kebenaran berita yang kita sebarkan? Ramai yang menyangkan berita yang disebarkan selalunya benar. "Takkanlah kawan aku nak bohong...". Itu mungkin ayat pertama yang keluar apabila ditanya tentang kebenaran sesuatu kisah. Kawan kita mungkin berkata benar namun masalahnya disini, kebanyakan cerita yang kita dengar di zaman moden ini biasanya telah melalui pelbagai jenis manusia (yang kita tidak tahu akan latar belakangnya) sebelum kisah tersebut sampai kepada kita. Dengan itu, mustahil untuk kita sahkan sesuatu cerita kerana kredibiliti penyampaian cerita itu boleh dipersoalkan.


Kenapa perlu pastikan cerita yang kita dengar sahih? Tak boleh ke kita terima jer?

Allah berfirman (maksudnya),
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam meletakkan syarat tersebut bagi mengelakkan kesan buruk akan berita yang akan kita sampaikan (terutamanya melibatkan berita yang mana kredibiliti penyampainya boleh dipersoalkan) daripada menimpa masyarakat keseluruhannya.

Allah berfirman (maksudnya),
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).


Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindak tanduk kita kerana malaikat sentiasa mencatata setiap perbuatan kita. Bukan sukar untuk kita terlibat di dalam penyebaran berita palsu terutamanya di zaman ini.

Sebagai contoh, katakan kita ada menerima suatu e-mel yang menceritakan tentang sesuatu kisah. Tanpa berfikir panjang, kita forward-kan e-mel tersebut kepada semua rakan kita. Kisah tersebut dihantar oleh rakan baik kita. Rakan baik kita pula menerimanya melalui orang lain. Jika ada salah seorang daripada rantaian penyebar kisah tersebut yang telah meminda/mengubah/menambah sedikit fakta daripada cerita yang disebarkan, kita secara tidak langsung telah dikira menyebarkan berita yang tidak benar, walaupun bukan kita yang mengubah cerita tersebut.

Allah berfirman (maksudnya),
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)


Aku tak sebar cerita palsu !

Katakan kali ini kita dapat memastikan bahawa cerita yang kita sebarkan itu benar. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba (Namimah), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)


Al-Bukahri dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., bahawa Nabi Bersabda (maksudnya),
"Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesugguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ingatlah akan pesan Nabi dan juga larangan daripada Allah SWT. Kesan budaya forward men-forward ini sangatlah buruk baik kepada individu mahupun masyarakat. Saya menyeru kepada anda semua agar kita hentikan segera budaya menyebarkan cerita dengan sesuka hati tanpa usul periksa.

Takutlah pada dosa dan azab Allah SWT.
Post a Comment

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar