Total Pageviews

Popular Posts

KELEBIHAN AYAT KURSI

bismillahhirahman nirrahimm..

Kajian ilmu ini adalah dipetik daripada:
www.megasutra.com.index.php

MISTERI KEJADIAN ALAM SEMESTA

Semakin manusia mengkaji angkasa lepas, semakin jelaslah bahawa usia alam semesta ini lebih tua dari yang telah mereka jangkakan sebelumnya. Sebenarnya manusia hanya mampu membuat jangkaan. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui usia sebenar alam semesta ini. Namun kejadian langit dan bumi serta segala isinya tentulah mempunyai tujuan yang jelas. Allah SWT tidak menjadikan itu semua dengan sesia:

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Qur’an) itu mereka mahu beriman?
(Surah Al-A'raf 7:185)

ALAM SEMESTA ADALAH KEJADIAN YANG HEBAT

Kejadian alam semesta ini adalah kejadian yang amat hebat. Usianya amat tua dan saiznya amat besar hinggakan manusia hanya mampu membuat anggaran saja. Namun apa yang penting ialah untuk kita menyedari hakikat bahawa alam semesta ini dan segala isinya adalah ciptaan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa yang dari sisiNya diturunkan Al-Qur'an. Mari kita renung maksud Ayat berikut:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah 2:255)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal, (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
(Surah Ali-'Imran 3:190-191)

Menyedari bahawa kejadian alam maya (universe) adalah kejadian yang hebat, tentulah kita sedar dan insaf bahawa Pencipta alam ini tentulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Gugusan Galaksi Antennae. Jauhnya dari bumi
ialah 62 juta tahun cahaya.

ANGGARAN-ANGGARAN MENGENAI ALAM MAYA (UNIVERSE)

Berapakah usia alam ini? Usia alam maya ini ialah 13.75 ±0.17 bilion tahun iaitu masa yang dikira sejak "Big Bang". Julat ketidak-pastian ±0.17 bilion tahun itu diperolehi oleh ahli-ahli sains dan astronomi hasil beberapa projek kajian saintifik. Kaedah asas digunakan iaitu masa yang diambil oleh alam maya untuk jadi "sejuk" sejak "Big Bang". Mereka juga mengira seluas manakah alam maya ini sudah berkembang. (en.wikipedia.org)

Berapa luaskah alam ini? "No one knows if the universe is infinitely large, or even if ours is the only universe there is." (www.cfa.harvard.edu)

Selain dari galaksi kita, terdapat berbilion galaksi lain. Galaksi paling jauh memancarkan cahayanya berbilion tahun lampau barulah cahaya itu sampai ke planet bumi pada hari ini, maksudnya ia adalah cahaya sebelum terdapat sebarang makhluk melata di muka bumi (www.nasa.gov)

Berapa banyakkah galaksi yang ada di alam maya ini? Pada tahun 1999, Teleskop Angkasa Hubble (HST) menganggarkan terdapat 125 bilion galaksi di alam maya ini.

Pada masa kini HST mempunyai kamera baru yang mampu melihat dua kali ganda lebih banyak galaksi berbanding kamera terdahulu. (imagine.gsfc.nasa.gov) Kini dianggarkan sekitar 200 bilion galaksi (wiki.answers.com)

Galaksi Bima Sakti tempat kita berada.
Terdapat sekitar 200 bilion galaksi lain,
sebahagiannya jauh lebih besar berbanding
Bima Sakti.

Berapa banyak bintang ada dalam satu galaksi? Dalam satu galaksi kerdil, ada kira-kira 10 juta bintang. Galaksi-galaksi kerdil ini sentiasa bergabung untuk membentuk galaksi lebih besar. Galaksi Bima Sakti tempat matahari (dan planet bumi) berada mempunyai kira-kira 200 bilion bintang. Galaksi Andromeda pula mempunyai kira-kira 1 trilion bintang. Galaksi paling besar pernah ditemui berada di dalam gugusan Abell 2029 dan ia mempunyai kira-kira 100 trillion bintang. (www.universetoday.com)

Berapa banyak planet ada dalam satu sistem bintang? Dengan anggaran konservatif 3 planet untuk 1 bintang, jumlah planet mencapai berjuta bilion. Jumlah sebenar planet sukar ditentukan, tapi jumlahnya teramat banyak, lebih banyak berbanding semua butir pasir di muka bumi. Jika hanya ada 1 planet saja untuk setiap bintang, maka akan ada sekitar 40 trilion bilion planet di alam maya ini. (wiki.answers.com). Tentulah jumlah planet jauh lebih banyak daripada itu. Subhanallah.

Di manakah kita? Kita hanya berada di dalam Sistem Solar. Bintang kita adalah matahari. Matahari pula berada dalam Galaksi Bima Sakti (Milky Way). Hingga ke beberapa tahun lalu, sarjana menyatakan bahawa Sistem Solar ada 9 planet. Walau bagaimana pun, Gabungan Astronomi Antarabangsa memutuskan bahawa Pluto bukan planet. Maka Sistem Solar mempunyai hanya 8 planet. Dianggarkan bahawa di Galaksi Bima Sakti saja, terdapat 1.4 bilion planet termasuk planet bumi. (scienceblogs.com)

Hasil memperhatikan Angka-Angka yang besar ini dan nisbah, adakah kita (manusia) ini boleh dinisbahkan hanya sebesar semut? Sudah tentu tidak. Setiap manusia adalah lebih kecil dari sebiji debu yang berterbangan di angkasa (cosmic dust). "Cosmic dust is a type of dust composed of particles in space which are a few molecules to 0.1 mm in size. Cosmic dust can be further distinguished by its astronomical location; for example: intergalactic dust, interstellar dust, interplanetary dust (such as in the zodiacal cloud) and circumplanetary dust (such as in a planetary ring)." (en.wikipedia.org)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
(Surah Ar-Rum 30:22)

AYAT KURSI DITURUNKAN

Beruntunglah umat Islam kerana mendapat kurniaan Ayat Kursi dari Allah SWT. Dialah Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam yang kita nampak mahupun tidak nampak. Para saintis pada masa kini berpendapat bahawa alam semesta ini ada 10 atau 11 dimensi. Alam semesta ini masih punya banyak misteri sebenarnya, dan manusia hanya tahu sedikit mengenainya. Apa yang kita lihat di angkasa raya hanyalah "hijab" (dinding) alam nyata. Kita tidak mampu melihat melangkaui itu (beyond "telescopic universe"). Kita tidak mampu melihat kejadian-kejadian yang lebih hebat dan lebih besar (Kursi dan Arasy). Kita hanya mampu melihat apa-apa yang zahir dalam alam semesta.

Ayat Kursi mengandungi maklumat mengenai kekuasaan Allah SWT, Pencipta alam semesta multi-dimensi. Jika kita dapat bayangkan betapa hebatnya alam semesta multi-dimensi ini, insyaAllah kita akan dapat berfikir bahawa Allah SWT Pencipta dan Pentadbir alam semesta ini tentulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dia mentadbir alam semesta multi-dimensi yang sebegini luas, dan mentadbir apa-apa yang melangkauinya (beyond) tanpa sebarang susah payah. Ayat Kursi mengandungi pengajaran Tauhid yang jelas, dan amat salah lagi tidak wajar jika manusia itu mempersekutukanNya dengan sebarang makhluk.

Izinkan saya memberi pendapat bahawa Ayat Kursi bolehlah dianggap sebagai "Senjata Mukmin"
. Ia sepatutnya dibaca dengan betul dan dihayati maknanya dengan baik. Di dalamnya Ayat Kursi (apabila kita membacanya kerana Allah) terkandung begitu banyak rahsia dan kelebihan yang dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya.

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah Hijrah
. Menurut riwayat setengah ahli-ahli tafsir, "Ayatul Kursi" diturunkan disertai dengan 40,000 malaikat dan setengah lagi mengatakan sebanyak 80,000 malaikat sebagai penghantarnya kerana kebesaran dan betapa mulianya serta pentingnya Ayatul Kursi itu. Rasulullah SAW segera memerintahkan penulis wahyu Al-Quran, yang pada masa itu Saiyidina Zaid bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Iblis Laknatullah memerintahkan sekumpulan syaitan-syaitan supaya menyiasat dan mencari punca yang menyebabkan rasa resah-gelisah yang berlaku dalam golongan syaitan. Lalu mereka pun mendapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madinah Al-Munawwarah.

BAHAGIAN PEMBUKTIAN

Saya telah mula memperhatikan Ayat Kursi dari sudut Matematik sejak beberapa tahun lalu tapi secara sekali-sekala kerana fokus kajian saya ialah Surah Al-Fatihah. Sebagai pengkaji, saya dapati bahawa Ayat Kursi mempunyai FENOMENA BERULANG dan SERUPA-SERUPA yang "agak tersembunyi" tetapi BUKTI itu amat mantap. Alhamdulillah, saya akan kongsikan sebahagian dari yang saya temui itu kepada anda semua. InsyaAllah.

BUKTI PERTAMA: NAMA AYATUL KURSI

AYAT yang selalu dibaca dalam Al-Qur'an itu selalunya mempunyai NAMA yang khusus. Bagi Surah Al-Baqarah 2:255 pula, ia lebih dikenali sebagai AYATUL KURSI (Verse of the Throne). Allah SWT berfirman maksudnya:

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
(Surah Al-Baqarah 2:31)

Adakah anda fikir nama AYATUL KURSI itu hanya sekadar nama saja? AYATUL KURSI jika dieja dalam bahasa Arab ada 9 Huruf dan Nilai Mufrad ialah 128. Sila rujuk JADUAL di atas dan cuba jumlahkan berapa Huruf yang ada dalam Surah 2:255? Jumlahnya ialah 182 Huruf! Perhatikan bahawa 128 dan 182 adalah JENIS YANG SERUPA. Dalil bagi Fenomena ini ialah Surah Az-Zumar 39:23.

Para skeptik mungkin bertanya: "Mengapakah 'Ayat yang paling agung dalam Al-Qur'an' ini TIDAK BERULANG jumlah hurufnya?". Eloklah kita kembali rujuk Surah Al-Hijr 15:87 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. (Surah Al-Hijr 15:87)

DALIL di atas secara jelas menyebut "sab'an min al-mathani" atau Tujuh dari Yang Berulang. Maksudnya ialah Surah Al-Fatihah. (NOTA: perhatikan bahawa terjemahan di atas berbunyi 'tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya'. Ia diterjemahkan sedemikian oleh pentafsir kerana ramai ulama berpendapat bahawa 'al-mathani' bermaksud diulang-ulang bacaannya dalam solat. Itu pun betul. Namun Kajian Matematik yang saya lakukan mendapati bahawa secara FIZIKAL pun, Al-Fatihah itu adalah 7 AYAT yang punya JUMLAH HURUF YANG BERULANG 141).

Maka jika kita hitung Jumlah Huruf AL-FATIHAH dan dapati bahawa ia BERULANG 141 (a recurring or repeating number) dalilnya ialah Surah Al-Hijr 15:87 tersebut. Tidak jadi masalah bila kita dapati bahawa Jumlah Huruf AYATUL KURSI tidak berulang dan ini sedikit pun tidak menjejaskan ketinggian mutu dan kerapian susunan Ayatnya. Kita akan lihat berbagai BUKTI selepas ini.

BUKTI KEDUA: BERULANG BERSAMA JUMLAH HURUF AL-FATIHAH

AYATUL KURSI adalah Ayat paling agung dalam Al-Qur'an (rujuk Hadis di bahagian Nota). Surah A-Fatihah pula adalah Surah yang paling agung. Jumlah Huruf bagi Al-Fatihah dan AYATUL KURSI ialah 141+182 = BERULANG 323. Anda tentu sudah biasa dengan Angka tersebut lantaran ia SERUPA JENIS dengan ANGKA Nilai Mufrad Al-Fatihah = 2323 dan Al-Qur'an turun dalam masa 23 tahun, kepada umat manusia Planet Bumi yang paksinya condong 23 darjah, dan manusia itu punya pasangan kromosom 23:23.

BUKTI KETIGA: TEMPAT LETAK YANG BERULANG

Mungkin anda sudah nampak hakikat ini, mungkin belum. Ramai orang Islam sendiri tahu apakah itu AYATUL KURSI tetapi mungkin sebilangan besar dari mereka ini tidak ingat atau tidak kisah di manakah letaknya AYATUL KURSI dalam Al-Qur'an! Mulai hari ini jika boleh, saya seru diri saya sendiri dan anda juga agar cuba ingatkan bahawa AYATUL KURSI itu terletak di Surah Al-Baqarah 2:255 (kedudukan BERULANG) atau di KRONOLOGI BERULANG 262 dalam 6236 Ayat Al-Qur'an. MUDAH untuk ingat pada KRONOLOGI itu kerana kita telah bincangkan bahawa Angka 26 dan 62 itu adalah BUKTI KERASULAN MUHAMMAD! Dan sebelum pergi lebih jauh, eloklah kita tahu bahawa Nilai Mufrad bagi nama ISA IBNU MARYAM (Nabi yang memberitakan kedatangan AHMAD) ialah 18+28+12+28+1+2+25+24+10+28+24 = 200 sedangkan Nilai Mufrad nama MUHAMMAD SAW ialah 24+6+24+8 = 62. Jumlahnya 262. Fenomena SERUPA-SERUPA ini memudahkan untuk kita ingat akan kedudukan AYATUL KURSI.

Jika anda rujuk KRONOLOGI 262 dari Hujung 6236 Ayat Al-Qur'an, ia jatuh pada Surah Al-Ghasiyah 88:8. Perhatikan semula: KRONOLOGI 262 = Surah 2:255 CERMIN Surah 88:8. Kita dapati bahawa AYATUL KURSI berada di POSISI BERULANG hinggakan CERMINnya pun BERULANG.

BUKTI KEEMPAT: SERUPA 255

Jika anda telah membaca siri-siri Hasil Kajian yang lepas, anda telah tahu bahawa dalam SURAH 1 AYAT 1, iaitu BASMALAH dalam Al-Fatihah, terdapat ASMA' BERULANG iaitu AR-RAHMAN AR-RAHIM bilamana Nilai Mufradnya ialah 1+23+10+6+24+25+1+23+10+6+28+24 = BERULANG 181. Jika anda campurkan Nilai itu dengan Nilai Mufrad ALLAH maka jumlahnya jadi 1+23+23+27 + 181 = 225.

Sayyidina Utsman Ibnu Affan pernah bertanya kepada Rasulullah tentang Basmalah, maka Baginda menjawab: "Sesungguhnya ia adalah salah satu dari Nama-nama Allah yang agung, begitu dekatnya Basmalah dengan Nama Allah seperti dekatnya biji mata yang hitam dengan biji mata yang putih." Riwayat Abdurrahman bin Abi Hatim dari Ibnu Abbas.

ASMA' AL-HAYYU AL-QAYYUM itu pertama kali diperkenalkan dalam Al-Qur'an melalui AYATUL KURSI iaitu Surah 2:255. Nilai Mufrad AL-HAYYU AL-QAYYUM itu TEPAT SERUPA dengan Nilai Mufrad AR-RAHMAN AR-RAHIM, dan bila dicampur dengan Nilai Mufrad ALLAH jumlahnya TEPAT SERUPA 255! Mungkin anda sudah nampak, bahawa AYATUL KURSI itu adalah AYAT KE 255 dalam Al-Qur'an!

Ubay bin Ka’b RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abul Mundzir (gelar kunyah Ubay), tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?" Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."Beliau berkata, “Wahai Abul Mundzir, Tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?" Aku pun menjawab,

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Maka beliau memukul dadaku dan berkata, "Demi Allah, selamat atas ilmu (yang diberikan Allah kepadamu) wahai Abul Mundzir."
(Hadis Riwayat Muslim)

BUKTI KELIMA: KURNIAAN KEPADA UMAT ISLAM

Berdasarkan kepada dalil Surah Az-Zumar 39:23, insyaAllah, anda faham mengenai KEISTIMEWAAN KEDUDUKAN ASMA' AL-HAYYU AL-QAYYUM ini dalam Al-Qur'an, begitu juga KEISTIMEWAAN NILAI MUFRAD yang BERULANG 181 dan SERUPA dengan Nilai Mufrad ASMA' AR-RAHMAN AR-RAHIM. Ada pendapat menyatakan bahawa Saidina 'Asif bin Barkhiya (menteri kanan Nabi Sulaiman AS) menyeru ASMA' YA HAYYU YA QAYYUM (Nilai Mufrad BERULANG 191) semasa memindahkan Istana Balqis dalam sekelip mata.

Lantaran itu (kisah Asif bin Barkhiya) sesetengah ulama' berpendapat bahawa Nama Allah Yang Teragung (Asma' Al-'Azim atau Ismul 'Izam) ialah AL-HAYYU AL-QAYYUM, dan ia ada dalam AYATUL KURSI! Dari sudut Matematik pun kita nampak keistimewaan KEDUDUKAN dan HITUNGAN Asma' ini. Subhanallah. Cuba fahami yang tersirat. Wallahua'lam.

BUKTI KEENAM: KEHADIRAN ASMA' HU DALAM AYATUL KURSI

ASMA' yang dizahirkan dalam AYATUL KURSI adalah sebagaimana berikut:

Perhatikan terdapat ASMA' HU disebut DUA KALI dalam AYATUL KURSI. Tidak perlulah untuk saya perincikan mengenai ASMA' HU ini kerana anda boleh bertanya kepada guru anda, atau buat carian di internet. Cuma saya ingin catat bahawa ASMA' HU ini diketahui juga oleh agama Yahudi dan Nasrani, dan ia adalah ASMA' yang terkenal di kalangan ahli-ahli tarikat MUSLIM. Perhatikan bahawa IMPLISIT bagi Nilai Mufrad ini adalah 36 (Huruf YA), dan dalam AYATUL KURSI, ia adalah POSISI BERULANG 181.

BUKTI KETUJUH: ASMA' BERULANG

Dalam Surah Al-Fatihah, ASMA' AR-RAHMAN AR-RAHIM diulang 2 kali. Dalam AYATUL KURSI pula, ASMA' HU diulang 2 kali. Sila lihat JADUAL di kanan. Ia adalah ASMA' yang dizahirkan dalam AYATUL KURSI. Jumlah Nilai Mufrad BERULANG 565. Perhatikan juga bahawa IMPLISIT bagi himpunan ASMA' ini (14) adalah HURUF YA, yang berada di POSISI BERULANG 22 dari Pangkal dan BERULANG 161 dari Hujung AYATUL KURSI. Perhatikan semula JADUAL BUKTI KEENAM. Jumlah Nilai Mufrad 665 adalah SERUPA JENIS dengan Jumlah Nilai Mufrad BERULANG 565 bagi BUKTI KETUJUH.

Kita nampak bahawa AYATUL KURSI memberi FOKUS kepada ASMA' ALLAH. Dan tentunya (insyaAllah) ASMA' ini adalah YANG AGUNG. Kita telah memperhatikan MUKJIZAT AYATUL KURSI dari sudut Matematik. Sebagaimana telah saya catat, umat Islam eloklah menjadikan AYATUL KURSI sebagai "SENJATA MUKMIN" bagi menghadapi pelbagai rintangan termasuklah sihir (orang Yahudi banyak gunakan sihir) dan gangguan syaitan jin. Wallahua'lam.

BUKTI KEDELAPAN: SUSUNAN HURUF AYAT KURSI AMAT JITU

Saya kongsikan antara BUKTI bahawa susunan Huruf AYATUL KURSI itu AMAT JITU. Anda sudah tahu bahawa Jumlah Huruf Ayat ialah 182. Perhatikan JADUAL di bawah ini:

182 bukan Angka Berulang pada peringkat PERTAMA tapi ia BERULANG pada peringkat KEDUA. Ini kerana 1+8+2 = BERULANG 11. Kita semua kenal Angka 1, 8 dan 2 dengan mudah, betul atau tidak? Dalam Sistem Angka Persepuluh, yang dikatakan Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9. Sifar bukan Angka, ia sekadar simbol penggenap, tapi ada orang memanggilnya sebagai Angka Sifar. Dalam contoh ini, saya lakukan kaedah perkiraan yang MUDAH. Sila baca seterusnya.

Dalam Angka 3 digit, jika anda sebut ia Angka Berulang, maka ia adalah PALINDROME, maknanya jika anda baca dari Pangkal atau Hujung, ia adalah SERUPA. Contohnya 141, 222. Maka jika "pertikaian" para skeptik ialah mengenai "mengapa Jumlah Huruf AYATUL KURSI tidak berulang" kita akan gunakan Kaedah PALINDROME untuk membuktikan KEJITUAN SUSUNAN HURUF dan BILANGAN HURUF untuk AYATUL KURSI.

Saya tandakan SEMUA Posisi yang punya Angka 1 atau 2 atau 8 atau kombinasi dengan salah satu atau semua angka itu, termasuk jika ia ada Sifar (sebab Sifar bukan Angka). Saya tandakan dari Pangkal dan Hujung (Kaedah PALINDROME). Jumlah Huruf = 51.

Setelah selesai, maka sebagaimana biasa, kita jumlahkan Nilai Mufrad bagi SEMUA Posisi berkaitan. Jawapannya? TEPAT BERULANG PALINDROME 868! Maknanya walaupun 182 bukan Angka Berulang, bila kita lakukan sedikit perkiraan dalam AYATUL KURSI, kita akan dapati bahawa ia mengandungi RAHSIA BERULANG! Malah, Jawapan 868 itu seperti "satu peluru yang membunuh 2 musuh" sekaligus. Jika anda Campur Mendatar (peringkat KEDUA) 8+6+8 = BERULANG PALINDROME 22! SubhanAllah.

Para skeptik menyanggah: "Itu hanya KEBETULAN!". Maka saya jawab: "Saya belum habis lagi". Sekarang sila dapatkan IMPLISIT bagi 868 itu dalam 51 Tapak tadi. Posisi Implisit TEPAT 1. "Kenapa pula kamu katakan TEPAT wahai IbnuYusof?", tanya para skeptik. Sila perhatikan POSISI 1. Jika anda baca ikut kaedah PALINDROME (dari Hujung Ayat) ia adalah POSISI 182. Jika anda cari BEZA, tentulah Jawapannya 182-1 = PALINDROME BERULANG 181. Puas hati? Tidak puas?

Kalau begitu, balik semula kepada ISU dalam pembuktian ini. Ia ialah mengenai Angka 1,8,2. Betul atau tidak? Sekarang RENUNG betul-betul pada Jawapannya iaitu POSISI 1:182. JENISNYA? Ia adalah SEMATA-MATA ANGKA 1,8,2. Sama ada dalam 51 Huruf ataupun dalam 182 Huruf! Semak JADUAL jika tidak faham apa yang saya catat. SubhanAllah!

KESIMPULAN AWAL

Saya seru kepada rakan-rakan yang belum beragama Islam dan golongan skeptik agar HITUNG sendiri dan FIKIR, kemudian barulah PERCAYA. ISLAM adalah agama bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal fikiran untuk berfikir dan membezakan antara yang hak dan yang batil, bukan ikut membuta-tuli kemudian beria-ia mendakwa bahawa agama anda benar, tanpa ilmu, tanpa fikir dan tanpa kajian. Kami orang-orang Islam sanggup HITUNG Kitab kami dengan sebenar-benarnya tanpa berani menambah atau mengurangkan WALAU 1 HURUF! Dan (kepada yang belum Islam) kami persilakan HITUNG Kitab yang ada pada anda (jika ada). Cari manakah dia AYAT YANG PALING AGUNG dalam Kitab anda dan HITUNG (jika ada). MUDAH bukan? Kemudian bandingkan dengan apa yang telah kami kemukakan kepada anda setakat ini mengenai AYATUL KURSI. Sebagai manusia yang tahu membezakan mana yang benar, mana yang salah, mudah-mudahan anda akan dikurniakanNya HIDAYAH! InsyaAllah.

BUKTI KESEMBILAN: TIPU-DAYA IBLIS DAN SYAITAN DIPATAHKAN

Allah SWT kurniakan AYATUL KURSI kepada umat Islam akhir zaman. Tiada Nabi dan tiada Rasul setelah diutus NABI MUHAMMAD SAW iaitu Nabi dan Rasul terakhir dari sekitar 24,000 Nabi dan sekitar 313 Rasul. Pada zaman mutakhir ini pula kita dapat lihat bahawa Yahudi Zionis sudah bermaharajalela dan telah melobi KUASA BESAR lantas berkuasa dari belakang tabir. Kita perlu tahu bahawa antara SENJATA mereka ialah WANG dan SIHIR. Pembangunan NUKLEAR di Israel mendapat sokongan KUASA BESAR atas alasan "mempertahankan diri". Anda boleh sambung sendiri ayat-ayat saya.

Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar telah kurniakan AYATUL KURSI kepada kita umat Muhammad SAW. Kita bacalah Ayat itu bila mana ada kesempatan dan ambil tahu bahawa ia adalah Ayat yang TERAGUNG dalam Al-Qur'an. YANG MAHA BERKUASA untuk melindungi kita hanyalah ALLAH SWT yang menurunkan Ayat itu dan HANYA DIA yang menjadikan kita semua termasuklah alam semesta multi-dimensi ini, termasuklah (sudah tentu) Iblis dan syaitan kesemuanya.

Adakah anda fikir AYATUL KURSI menjadi AYAT TERAGUNG tanpa sebab-sebab yang AGUNG?

ALLAH menerusi AYATUL KURSI mengajar kepada manusia siapakah DIA yang sebenarnya. Berbagai agama lain mengaku bahawa ALLAH adalah Tuhan mereka juga, tetapi mereka telah menyekutukan ALLAH dengan makhluk, dan telah merendahkan mertabat ALLAH dengan mengatakan bahawa ALLAH beranak dan diperanakkan. Sebagai contoh jelas, agama Yahudi mendakwa bahawa Uzair itu anak ALLAH, agama Kristian pula mendakwa bahawa Isa AS itu anak ALLAH (God the Son). Maha Suci ALLAH dari segala sifat sedemikian. Mereka telah menyimpang jauh dari kebenaran.

Mereka mempraktikkan SIHIR dalam agama mereka dan mencampur-adukkan antara ajaran syaitan jin dengan ajaran asal (agama Tauhid atau ISLAM) lantas jadi sesat dan dimurkai Allah SWT. Jika anda gunakan sedikit masa untuk buat carian di internet, anda akan lihat bagaimana SIHIR banyak menggunakan HITUNGAN-HITUNGAN. AYATUL KURSI diturunkan (antara lain, insyaAllah) untuk menyedarkan golongan ini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan, dan bahawa Allah SWT Maha Menghitung kemungkaran itu, malah Maha Menghitung segala-galanya.

Nilai Mufrad bagi 182 Huruf AYATUL KURSI ialah 3078. Memang Angka itu tidak berulang. Tapi seluruh manusia dan jin eloklah tahu bahawa jika anda campurkan ANGKA bermula dari ANGKA 3 HINGGA ANGKA 78 (3+4+5... 76+77+78) maka anda akan dapat Jawapan TEPAT 3078! Inilah dia MUKJIZAT Ayat Teragung dalam Al-Qur'an, yang diturunkan dari sisi Allah SWT Yang Maha Penghitung, yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan! SubhanAllah.

BUKTI KESEPULUH: WAQAF PERTAMA

Bila kita membaca mana-mana Ayat dalam Al-Qur'an, bacalah dengan TARTIL. Sebaik-baiknya berhenti di tempat-tempat yang sesuai dengan maksud dalam Ayat berkaitan. Ada pendapat menyarankan agar AYATUL KURSI dibaca dengan 9 WAQAF, tapi setakat yang saya tahu, ini bukan dari Hadis, hanya sekadar pendapat.

Mereka mencatat: "Cara membaca wakaf 9, hendaklah berhenti pada setiap ayat (barisan) dan menyambung bacaannya dengan nafas yang lain". Tempat-tempat berhenti yang dimaksudkan ialah:

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
لَّهُ مَا فِي السَّمَوَتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَتِ وَالأَرْضَ
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Saya ingin kongsikan bacaan setakat Waqaf Jaiz yang pertama dalam pembuktian kali ini, iaitu "Allahu la ilaha illahu alhayyul qayyum". Perhatikan IMEJ di kanan. Frasa hingga Waqaf Pertama ini mempunyai 24 Huruf. Nilai Mufrad ialah 408. Jika anda perhatikan, sama ada 24 mahupun 408 boleh dibahagi dengan Angka 4, 8 atau 12.

Sila dapatkan IMPLISIT 408 dalam 24 Tapak. Jawapannya TEPAT POSISI 24. Perhatikan Posisi 24. Ia juga punya Nilai Mufrad yang SERUPA = 24. Maka jika kita jumlahkan dari Pangkal hingga Posisi 24 ini, tentulah akan dapat Jawapan 408 juga. Apakah yang hendak saya sampaikan? Frasa hingga Waqaf Pertama ini adalah "Eternal Loop" dari segi Matematik dan ia FOKUS kepada dirinya kembali.

Sila rujuk JADUAL AYAT KURSI. Campurkan Nilai Mufrad dari Posisi 24 hingga Posisi 24. Anda akan dapati bahawa Jumlahnya BERULANG 2255. Anda kenal Angka itu? Ia adalah SERUPA JENIS ANGKA dengan Kedudukan AYATUL KURSI dalam Al-Quran iaitu Surah 2:255!

Apakah BUKTI ini ada signifikannya? Tentu ada. Jika anda buat carian demi carian, sama ada di internet atau merujuk kitab dan buku, anda tentu akan jumpa catatan-catatan bahawa Surah 2:255 ini disebut sebagai sama ada sebagai AYAT KURSI atau sebagai "Allahu la ilaha illahu alhayyul qayyum". Hanya ada satu lagi Ayat yang menyebut frasa yang SERUPA, iaitu di Surah Ali 'Imran 3:2. Namun bila frasa "Allahu la ilaha illahu alhayyul qayyum" disebut, ia adalah dimaksudkan kepada AYAT KURSI.

Sekiranya kita merenung maksud AYATUL KURSI ini secara keseluruhannya, ia sebenarnya merujuk kepada ASMA' yang ada di bahagian Waqaf Pertama ini. Saya tidak akan mencatat panjang mengenai BUKTI KESEPULUH ini, cukuplah setakat itu kerana saya akan sentuh hal ini secara lebih terperinci dalam pembuktian-pembuktian yang akan datang.

BUKTI KESEBELAS: SUSUNAN DAN AGIHAN HURUF AMAT JITU

Saya ingin kongsikan suatu panduan (tips) kepada anda yang ingin mengkaji iaitu: Sekiranya anda sudah berpengalaman dalam mengkaji Al-Qur'an dari sudut Matematik, maka kebanyakan dari tugas anda akan tertumpu kepada membina Jadual-Jadual dan menulis penerangan (teks) untuk tujuan rekod. Ini kerana BUKTI KEBENARAN yang ditunjukkanNya kepada anda adalah sungguh amat banyak (insyaAllah), dan hadnya hanyalah sama ada anda mampu untuk memperhatikan lagi (sebagai manusia biasa, kita mengantuk dan perlukan tidur atau rehat, dan perlu melakukan berbagai kerja lain).

Sebahagian dari BUKTI-BUKTI yang saya kemukakan dalam artikel Hasil Kajian adalah berbentuk "appreciation" bagi membolehkan saya dan saudara-saudara saya mengetahui betapa tingginya nilai sesuatu Ayat Al-Qur'an itu dari sudut Matematik, bukan sekadar ketinggian nilai sasteranya (estetika) dan ketinggian maknanya (etika). Pembuktian kali ini merupakan sebahagian darinya. Bila kita sudah nampak dengan jelas, mudah-mudahan BUKTI itu menyedarkan kita bahawa SETIAP SUDUT, SETIAP BAHAGIAN, SETIAP HURUF malah SETIAP PERKAITAN bagi Ayat Al-Qur'an adalah AMAT JITU atau AMAT KEMAS dan TIADA PERCANGGAHAN antara satu dengan yang lain.

Bila mengkaji FENOMENA BERULANG dalam Al-Qur'an, saya sendiri telah "menghitung secara terperinci" hingga ke peringkat yang halus-halus. Alhamdulillah, BUKTI tetap ada di sana dan ia semakin JELAS. Ada kalanya saya perlu perhatikan berkali-kali barulah nampak, sedangkan BUKTI itu sudah ada di depan mata saya sejak lama dulu. Ringkasnya, semua itu bergantung kepada petunjuk dan hidayahNya jua. Subhanallah.

Ayat Surah Al-Baqarah 2:255 ini mempunyai nama yang paling popular iaitu AYATUL KURSI. Dalam Ayat ini sendiri ada perkataan KURSI iaitu Huruf-Huruf di Posisi 139 hingga 142 dari Pangkal Ayat. Dari sudut Nilai Mufrad, perkataan KURSI = 72. Sila rujuk JADUAL AYAT KURSI. Perhatikan Posisi 72 dari Pangkal. Ia adalah Posisi BERULANG SETARA 111 dari Hujung Ayat. Perhatikan pula CERMIN iaitu Huruf-Huruf yang berada di Posisi KOODINAT yang SERUPA dari Hujung Ayat. Ia adalah frasa "LAHU MA" dan Nilai Mufrad = 75. Bila dirujuk JADUAL AYAT KURSI, Posisi 75 adalah juga Posisi 108 dari Pangkal Ayat. BEZA 75-72=3 dan tentulah 111-108=3 juga.

Saya harap anda baca dengan teliti. Sila lihat IMEJ yang saya paparkan di sebelah kiri. Ia adalah Nilai Mufrad 182 Huruf AYAT KURSI. Lihat bahawa IMPLISIT 3078 dalam 182 Tapak ialah 166. Rujuk JADUAL AYAT KURSI. Huruf di Posisi 166 punya Nilai Mufrad 27 (Pangkal) dan 6 (Hujung). Sebelum melihat lebih terperinci, perhatikan NILAI 27. Ia adalah CERMIN 72. Istilah KURSI punya Nilai Mufrad 72. Dekatkan 27:72 baru senang nampak.

Jumlahkan 27+6 = BERULANG 33. Rujuk JADUAL, Campurkan SEMUA Nilai Mufrad yang berada dari Posisi 33 (Pangkal) ke 33 (Hujung). Jawapannya BERULANG 2020. Ini bukan Wawasan 2020 Malaysia. Ini adalah BUKTI KEJITUAN Setiap Huruf dalam AYATUL KURSI.

Anda tidak puas hati bila saya kemukakan BUKTI ini? Saya harap anda dapat bersabar kerana pendedahan ini perlu saya lakukan langkah demi langkah, tidak terus "terjah" untuk minimakan kemungkinan tidak faham dan salah faham.

Saya telah lakukan pengiraan ke atas JENIS HURUF "KURSI" dalam AYATUL KURSI. Para skeptik mungkin menyanggah: "Apakah IbnuYusof sudah gila? Apa gunanya mengira jenis huruf KURSI? Buang masa saja!". Saya jawab: "Orang-orang kafir itu ada yang menolak kebenaran Al-Qur'an dalam keadaan tanpa ilmu dan tanpa kajian. Mereka cuma ikut-ikut saja apa yang oranglain kata. Saya kongsikan hal ini sebagai mesej kepada 'non-believers' bahawa Allah Maha Penghitung dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu. Ini bertujuan agar 'non-believers' (yang mungkin berkelulusan PhD dalam Matematik, Fizik dan sebagainya) dapat luangkan sedikit masa berfikir mengenai apa yang dikatakan KEBENARAN dari AGAMA YANG BENAR. Sudah tentu orang Hindu berkata bahawa agamanya benar. Orang Kristian, Buddha, Yahudi, Zoroaster, Zen, Tao, Bahai, Sikh malah berbagai lagi agama anutan, akan menyatakan agama merekalah yang benar. Mereka belajar Matematik atau Fizik (atau lain-lain) hingga ke peringkat PhD. Mereka sudah biasa dengan "rujukan", "rujukan silang", "nota kaki", "apendiks", selain dari "proofs" yang mereka kemukakan untuk teks-teks kajian ilmiah mereka (yang tentunya 'amat' komprehensif). Tapi dari segi agama, adalah mereka terus PERCAYA tanpa perlu kaji sebagaimana tahap pemikiran PhD yang ada pada mereka? Tidak mungkin semua agama itu BENAR. Cuma ada satu saja AGAMA yang BENAR, maksudnya yang DIIKTIRAF oleh ALLAH SWT, bukan diiktiraf oleh PADRI, KAHIN dll. (selain Allah SWT). Amat rugilah jika anda berkelulusan PhD tapi menganut agama yang SALAH."

Saya teruskan. Lihat IMEJ di kanan ini. Semua Huruf yang SERUPA dengan perkataan KURSI saya rekodkan untuk kita analisa bersama.

Jumlah Huruf ada 26. Nilai Mufrad = 588. IMPLISIT 588 dalam 26 Tapak ialah 16. Bandingkan dengan IMPLISIT 3078 dalam 182 Tapak AYAT KURSI iaitu 166. Angkanya SERUPA JENIS. Rujuk Surah Az-Zumar 39:23 sebagai dalil. Saya kerap catat dalil itu. Saya harap anda tidak bosan atau anggap seolah-olah saya tidak ada dalil lain untuk dikemukakan.

Sekarang kita rujuk semula perkataan KURSI. Nilai Mufrad = 72. Cuba campurkan SEMUA Nilai Mufrad dari Pangkal Ayat hingga POSISI 72. Jawapannya BERULANG 1166. Perhatikan 16:166:1166. Semuanya SERUPA JENIS. Subhanallah!

Sebenarnya saya bimbang kerana artikel ini sudah amat panjang dan anda mungkin sudah bosan membaca. Namun insyaAllah, jika anda berminat, anda sanggup membaca artikel ini berulang kali!

Perhatikan IMEJ di kanan. CERMIN bagi perkataan KURSI iaitu "LAHU MA" punya Nilai Mufrad 75. Bila rujuk JADUAL AYAT KURSI, POSISI 75 dari Hujung Ayat adalah juga POSISI 108 dari Pangkal Ayat. Perhatikan SILANG 72:108 di kanan ini. Kita sudah dapat 1166 sebagai Nilai Mufrad 72 Huruf dari Pangkal Ayat. Saya mahu kongsikan satu maklumat yang bukan saja MENARIK tapi merupakan BUKTI KEJITUAN AYAT KURSI ini. Jika anda merujuk pada SENARAI ANGKA BERULANG, anda akan dapati bahawa Angka Berulang 1166 itu adalah TEPAT yang ke 108. Renung semula SILANG 72:108.

Maka bagi 'mencukupkan syarat', kita kira pula bahagian CERMIN, iaitu dengan menjumlahkan 75 Huruf dari Hujung Ayat. Jawapannya 1317. Akhir sekali cari BEZA antara 2 jumlah ini. 1166-1317 = BERULANG 151.

KESIMPULAN

Katakan anda baru sampai ke bandar Segamat buat pertama kali, anda terbaca nama JALAN MENTOL dan menyangka bahawa nama itu adalah sempena mentol lampu. Bila anda buat kajian, tahulah anda bahawa jalan itu diberi nama sempena Pegawai Daerah Kecil Segamat yang pertama iaitu Encik Menthol bin Haji Ahmad. Namun ramai orang 'take for granted', tidak mahu ambil tahu 'hal (yang dianggap) remeh' seperti itu.

Dr Singh (dari India) pernah berkata kepada saya bahawa dia mahu jadi pertapa kerana mahu cari 'kebenaran', saya katakan kepadanya bahawa 'Sebenarnya kebenaran terpampang di depan mata anda. Anda tidak perlu cari ia di tempat lain (dengan bertapa).'

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

No comments:

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar