Total Pageviews

Popular Posts

AYAT AYAT CINTA

Dalam perjalanan sedang bermujahadah dalam mencari CINTA, tiba-tiba kita juga diusik oleh cinta.

Ya, cinta-cinta kecil yang jika terlalu dilayani akan membawa kepada kelalaian dan keasyikan.

Apakah salah perasaan halus itu?

Perasaan hubb itu? Jika salah, masakan Allah mengurniakannya pada hamba-hamba-Nya?

Maka sudah semestinya ada jalan yang Allah aturkan untuk mengawal perasaan yang begitu tulus suci itu~

******
Moga ayat-ayat Cinta dari-Nya akan membuatkan hatiku menjadi kembali tenang setelah semua ini berlaku....

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

Ya, hati aku ibarat padang pasir yang tandus.

Punya hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya.

 Dia lah pemberi cinta, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-Nya dahulu?

Mengapa baru kini aku sedari akan semua kekhilafan diri?

 Mencintai manusia. Hanya perit yang aku dapat bukan kebahagiaan.

 Aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu. Benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu. Hatiku kembali terisi dengan iman saat mendengar kuliah-kuliah darimu. Tazkirah-tazkirah darimu ku ingat sentiasa dalam kotak memoriku. Satu pengakuan. Aku mengagumimu. Tidak berani aku nyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaan aku kepadamu.

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu

Aku hanya mampu mengagumimu dari jauh. Setiap kuliah yang engkau berikan aku akan mendengar dengan teliti satu per satu.

Ada perubahan di sebalik perasaanku ini. Namun, ku tegaskan bahawa niatku untuk berubah hanyalah kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. Bukan juga kerana kamu. Kau pemuda soleh dikagumi ramai. Ramai yang menyanjungimu. Terkenal dengan kewarakan dan ketinggian ilmumu. Aku tidak layak untukmu. Engkau pemuda soleh. Agamamu menarik perhatianku. Cara engkau beramal dengannya, cara kau menjaga ikhtilatmu. Sungguh, sukar untuku ku temui lagi peribadi yang mirip denganmu.
Sedangkan aku....

Aku sedang dalam perubahan. Setiap ayat-ayat cinta-Nya benar-benar terkesan oleh diriku. Kini, aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya. Tapi, aku tidak berani untuk menyatakan ayat-ayat cintaku kepada kamu pemuda soleh.

Kerana,

Ini bukan lagi masanya
Kita masih terlalu banyak tanggungjawab yang menanti
Aku masih belum bersedia dan aku tahu engkau juga

Aku percaya pada janji Allah,

lelaki yang soleh untuk wanita yang soleh...

Aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah. Namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yang soleh, cuma aku hanya mahu memperbetulkan diri yang selama ini sudah terpesong jauh.

Akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu, bukan kerana keturunanmu dan bukan jua kerana popularitimu.

Aku menyenangi perasaan itu biarpun aku tahu kau bukan jodohku. Untuk meminatimu saja aku tidak layak, apatah lagi berharap yang lebih jauh.

Semoga kau beroleh rahmat dari-Nya~

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

******

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya"

Pilih lah yang beragama, nescaya kau akan mendapat segalanya...~insha ALLAH :D
Post a Comment

Google+ Badge

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

Google+ Followers

Follow by Email

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar