Total Pageviews

Popular Posts

KEMUNCULAN NABI ISA AS

bismillahhirahman nirrahimm..

Kajian ilmu ini adalah dipetik daripada:
www.megasutra.com.

NABI ISA AS AKAN TURUN SEMULA KE BUMI

Nabi Isa AS adalah salah seorang Rasul bagi orang-orang Islam. Baginda bukan Rasul bagi orang Kristian sebab dalam kamus Rasul-Rasul benar yang diutus oleh Allah di planet Bumi, Kristian tidak diiktiraf sebagai agama di sisi Allah. Kristian adalah agama ciptaan Paulus (St. Paul) iaitu Yahudi yang menyamar sebagai pengikut Isa AS. Wallahua'lam.

Isa Putera Maryam diutus sebelum Nabi Muhammad SAW diutus. Rasulullah SAW menyambung syariat Ibrahim Khalilullah. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa AS dan Musa AS adalah dari keturunan Ibrahim AS. Berlawanan dengan dakwaan Yahudi bahawa mereka telah menyalib dan membunuh Isa AS dan berlawanan juga dengan kepercayaan Kristian bahawa Isa AS telah mati disalib, Al-Qur'an telah memberitakan bahawa Isa AS tidak disalib dan tidak mati akibat disalib, "Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya" (An-Nisa' 4:158). Pada akhir zaman, Nabi Isa AS akan turun semula ke bumi dan akan memperkasakan semula mertabat Islam. Baginda tidak membawa syariat baru tapi akan menyambung syariat Nabi Muhammad SAW. Di manakah Nabi Isa AS berada sekarang ini? Benarkah Isa AS kini berada di planet Jupiter? Sila baca seterusnya.

NABI ISA AS TIDAK DI SALIB

Bagi sesiapa yang tidak tahu di manakah ayat-ayat dalam Al-Qur'an yang menyebut bahawa Isa AS tidak disalib, bolehlah merujuk pada maksud Ayat-Ayat berikut:

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
(Surah An-Nisa' 4:157-159)

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.
(Surah Ali-Imran 3:55)

Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: "Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu", dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Maidah 5:117)

Sistem Jupiter maksudnya Jupiter dan satelit-satelitnya atau bulan-bulan yang
mengelilinginya. Ustaz Amalludin Darus berpendapat Nabi Isa AS kini berada di Jupiter
dan akan turun ke bumi bersama bala tenteranya untuk membunuh Dajjal.

ISA AS DI PLANET JUPITER?

Beberapa tahun lalu, seorang anak perempuan kepada Ustaz Amalludin Darus "kebetulan" menjadi salah seorang peserta kursus yang mana saya menjadi fasilitator. Saya adalah salah seorang peminat buku-buku karya Allahyarham dan menyimpan koleksinya. Alhamdulillah, bila berjumpa anak Allahyarham, saya diberikan "compliment" beberapa naskhah buku lagi. Semoga Allah merahmati Allahyarham dan semoga beliau tergolong sebagai kekasihNya.

Ustaz Amaluddin Darus di dalam bukunya "Pintu Langit Mula Dibuka" dan "Isra’ Miraj dan Percubaan Manusia Ke Langit" yang membuat hipotesis berdasarkan Al-Quran dan hadis-hadis Isra’ dan Miraj, telah menyatakan bahawa lsa Putera Maryam kini berada di Jupiter, sebuah planet di dalam sistem solar. Dalam tulisan-tulisannya sama ada berbentuk buku ataupun rencana banyak menyentuh peristiwa turunnya Nabi Isa atau Isa putera Maryam buat kali kedua (second coming).

NABI ISA AS AKAN MEMERANGI DAJJAL

Daripada hadis-hadis, Nabi Isa akan mengembalikan kedamalan di muka bumi, memusnahkan segala kepalsuan dan menegakkan segala kebenaran. Isa Putera Maryam akan berperang menentang Dajjal. Dajjal (menurut pendapat yang semakin popular) adalah sekumpulan manusia bumi yang melakukan kerosakan dan kejahatan dan yang bercita-cita besar untuk menjadikan golongan atau negara yang lemah "jajahan" mereka tidak kira samada jajahan dalam bentuk fizikal maupun mental.

Keadaan inilah menyebabkan kerosakan parah yang benar-benar melanda masyarakat bumi. Ia tidak dapat diselamatkan oleh sesiapapun melainkan oleh individu atau kumpulan hebat yang ditentukan oleh Allah SWT. Filem-filem Hollywood yang menceritakan mengenai penaklukan Alien berwajah hodoh ke atas makhluk di bumi hanya satu pembohongan. Bumi tidak akan ditakluki, tapi Dajjal akan dikalahkan oleh pasukan yang diketuai oleh Isa Putera Maryam.

Nilai Mufrad nama Isa AS (nabi yang lahir tanpa bapa) dan Maryam (ibu yang hamilkan Isa AS tanpa suami) adalah SERUPA 68:68

JANGAN PERCAYA PADA RAMALAN NOSTRADAMUS

Pendapat Ustaz Amalludin Darus bahawa Nabi Isa AS kini berada di Planet Jupiter kebetulan serupa dengan apa yang kononnya "diramal" oleh Nostradamus, seorang ahli nujum abad ke 16. Pada hemat saya, Ustaz Amalludin Darus tidak terpengaruh dengan ramalan Nostradamus, tapi mengemukakan pendapatnya sendiri berdasarkan dalil-dalil Al-Qur'an dan Hadis.

Lagipun, kisah kehebatan "ramalan" Nostradamus sebenarnya hanyalah dakyah yang sengaja digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Islam. Nostradamus pun bukanlah menyatakan apa pun secara jelas, melainkan bait-bait puisi yang boleh saja diinterpretasikan dengan seribu satu pengertian yang lain. Orang-orang Islam sepatutnya menjauhkan diri dari mempercayai ramalan ahli nujum bernama Nostradamus ini agar kita semua selamat.

Ustaz Amaluddin Darus telah memberikan pandangannya berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadis dan hasilnya beliau berpendapat Isa kini di Jupiter. Beliau memberi pandangan kehadiran Isa AS sudah tentu tidak berseorangan malah datang dengan suatu bala tentera bagi mengalahkan Dajjal yang bongkak dan sombong. Ada yang berpendapat bahawa sebelum Isa AS turun ke bumi bagi memerangi segala kejahatan maka sudah tentu baginda mengirim tentera-tentera peninjau bagi menilai kemampuan manusia di bumi. Ini dikaitkan pula dengan fenomena UFO dan Alien. Pada hemat saya, itu tidaklah perlu dibincangkan, dan jangan terlalu terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari Barat.

ISA AS TURUN BERSAMA TENTERA YANG CANGGIH?

Saudara Muzzafar Zabidin dalam Majalah Mingguan Editor pernah mencatat bahawa sudah tentu bala tentera Isa AS mempunyai kecanggihan yang tiada tolok bandingnya. Kehadiran pesawat peninjau tidak dapat dikesan oleh radar pihak tentera mana-mana negara ataupun setelit yang ada di angkasa dan di bumi. Itu adalah pendapat peribadi beliau. Pada hemat saya, eloklah kita tidak menyatakan bahawa Isa AS turun dengan bala tentera dari langit. Memadailah jika kita percaya bahawa Isa AS akan turun ke bumi, dan di bumi baginda akan dibantu oleh Imam Mahdi dan tentera-tentera Islam di planet bumi bagi memerangi dan membunuh Dajjal.

BERITA TURUNNYA ISA AS ADALAH BENAR

Sementara itu, biarlah saya catat pendapat peribadi. Pada hemat saya, Nabi Isa AS bukan berada di planet Jupiter dan bukan turun dari Jupiter, tapi baginda berada dan akan turun dari satu tempat yang di luar sistem solar kita. Namun tempat itu tidaklah diketahui. Wallahua'lam. Sebab saya menyatakan pendapat ini akan saya perincikan kemudian.

Saya ingin mencatat kenyataan Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor (Akademi Pengajian Islam) yang menjawab satu soalan mengenai turunnya Isa AS ke bumi, bagi renungan kita semua:

"Sebilangan besar kumpulan Ahli Sunah Wal Jamaah berpendapat, Nabi Isa diselamatkan oleh Allah daripada percubaan membunuh dan menggantungnya pada kayu palang yang dirancang oleh kaumnya, iaitu dengan mengangkat roh dan badannya ke langit dalam keadaan dia ditidurkan. Tafsiran yang merujuk kepada Al-Quran, Surah An-Nisa' Ayat 157 ini didukung oleh ramai ahli tafsir.

NABI ISA AS AKAN MEMERINTAH BUMI DI AKHIR ZAMAN

"Menurut mereka, pada suatu hari nanti sebelum berlaku kejadian kiamat, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi, beliau akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah negara dengan adil, membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam dan hukum-hukumnya yang ditinggalkan.

"Antara Hadis Sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa pada akhir zaman ialah yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Abu Hurairah RA katanya: Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa Ibn Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu, kekayaan harta melimpah ruah, sehingga tiada seorang pun yang mahu menerima pemberian sedekah.

KHINZIR JUGA AKAN DIBUNUH

"Daripada hadis ini dan beberapa hadis yang lain lagi mereka dengan tegas menyatakan Nabi Isa akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat, dia akan membunuh Dajjal dan khinzir, akan memerintah dunia dengan menegakkan keadilan berpandukan syariat Nabi Muhammad SAW dan seterusnya meninggal dunia di bumi. Demikianlah ringkasan akidah sekumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang (turunnya) Nabi Isa pada akhir zaman.

SELINGAN: Izinkan saya (IbnuYusof) memberikan pendapat peribadi. Apa yang dinamakan Dajjal dan khinzir itu insyaAllah merupakan metafora (kiasan). Ada kemungkinan yang dimaksudkan sebagai khinzir itu adalah "klon manusia". Para saintis "gila" di Barat pada masa kini sibuk mencipta klon-klon, dan mungkin secara rahsia telahpun mencipta klon manusia. Tujuannya? Untuk dijadikan tentera. Ramai yang kini berpendapat bahawa Dajjal itu ialah Yahudi Zionis dan kuncu-kuncunya. (Dari satu sumber internet yang pernah saya baca, mereka juga pernah memindahkan hati khinzir untuk menggantikan hati manusia yang telah rosak, tapi akibatnya, manusia itu didapati berperangai seperti khinzir). Wallahua'lam.

NABI ISA AS AKAN WAFAT DI BUMI

"Sesetengah riwayat pula menyatakan Nabi Isa akan muncul di Fajj al-Rauha, iaitu suatu perkampungan yang terletak antara Mekah dan Madinah, beliau akan memakai ihram di situ untuk menunaikan umrah dan haji. Sumber-sumber lain pula menyatakan beliau muncul di Syam atau Baitulmaqdis di Palestin.

"Setelah mengambil masa selama 40 tahun di dunia, beliau wafat, disembahyang dan dikebumikan seperti kebanyakan manusia. Ini bermakna Nabi Isa tidak membawa syariat yang baru, kerana akidah Islam memutuskan tiada lagi Nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

"Dalam al-Quran menyebut sebanyak tiga kali keterangan yang menyentuh pengangkatan Nabi Isa dan kewafatannya iaitu dalam surah Ali-Imran Ayat 55, Surah An-Nisa' Ayat 157-158 dan Surah Al-Ma'idah Ayat 117. Ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan tidak dipalang, tetapi diangkat dan dimatikannya. Persoalan yang berbangkit ialah, bagaimana dia diangkat ke langit dan bagaimana pula dia dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi.

BERBAGAI PENDAPAT ULAMA

"Berbagai-bagai ulasan dan tafsiran ulama terhadap perkataan naik dan wafat yang disebutkan dalam ayat-ayat itu. Ada yang menyatakan maksud naik ialah menaikkan jasad dan rohnya ke langit, ada juga yang menyatakan maksudnya menaikkan pangkat dan kedudukan martabatnya. Perkataan wafat juga diperselisihkan antara sama ada membawa maksud mati, tidur atau sempurna tempoh tinggalnya di bumi atau di langit. Dalam bahasa Arab, semua makna itu boleh dipakai.

"Nabi Isa diturunkan semula ke bumi hanya berbangkit pada tafsiran yang menyatakan dia dinaikkan ke langit dengan roh dan jasadnya. Pada tafsiran yang menyatakan kenaikan itu hanya pangkat dan kedudukan, tidak timbul lagi isu naik dan turun semula ke bumi.

"Lanjutan kepada perbezaan tafsiran itu, lahir dua pendapat yang berbeza dan sukar didamaikan. Malah lebih menyukarkan lagi apabila isu yang diperselisihkan itu menyentuh akidah yang memerlukan dalil yang qat’iyy bagi setiap ciri akidah yang perlu diputuskan.

PENDAPAT AHLI SUNNAH

"Telah disebutkan terdahulu Ahli Sunnah Wal Jamaah mempercayai Nabi Isa dinaikkan ke langit dengan roh dan badan kasarnya serta baginda akan turun ke bumi sebelum kiamat untuk menegakkan keadilan mengikut syariat Islam. Selain Al-Quran yang menyatakan, menurut tafsiran mereka, bahawa Isa dinaikkan ke langit dengan jasad dan roh, mereka memperkukuhkan lagi pendapat itu dengan beberapa hadis yang menurut Muhammad Anwar Shah al-Kashmiri dan al-Shaukani telah mencapai tahap mutawatir dan tidak perlu dipertikaikan lagi kekuatannya.

"Pendapat Anwar Shah ini tentunya memenuhi keperluan hadis mutawatir atau qat’iyy sebagai dalil bagi isu-isu akidah, bahkan sekali gus memperkukuhkan lagi keyakinan penurunan Nabi Isa seperti yang dijelaskan terdahulu.

PENDAPAT SYEIKH MAHMUD SYALTUT

"Sebahagian ulama (pula) termasuk Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat dalil-dalil yang disebut bagi menunjukkan Nabi Isa dinaikkan ke langit belum cukup qat’iyy dan banyak sudut yang boleh dipertikaikan, sekali gus dalil-dalil itu tidak layak menjadi sandaran bagi perkara yang menyentuh akidah.

"Justeru dalil-dalilnya tidak qat’iyy, tidak timbul lagi soal akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman untuk membunuh Dajjal dan menegakkan keadilan mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dikatakan itu. Shaltut memberi beberapa jawapan balas:

1. Riwayat yang menunjukkan Nabi Isa turun ke bumi selepas kemunculan Dajjal tidak boleh dianggap sebagai kuat, kerana versi dan kandungannya berbeza-beza. Selain itu pula, riwayat Abu Hurairah itu bersumberkan Wahb Ibn Munabbih dan Kaab al-Ahbar. Kedua-dua tokoh ini merupakan ahli kitab dan bekas penganut agama Yahudi.

2. Hadis riwayat Abu Hurairah yang menjelaskan turunnya Nabi Isa itu bertaraf Ahad (bukan mutawatir). Ulama Islam sepakat menyatakan hadis Ahad tidak layak dijadikan sandaran bagi isu-isu yang membabitkan akidah dan perkara-perkara ghaib.

3. Pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. pada malam mikraj dan Nabi Isa dan anak saudaranya Yahya di langit kedua tidak harus dijadikan dalil, kerana riwayat itu tidak cukup kuat, manakala pertemuan itu pula mungkin pertemuan antara roh, bukan antara badan kasar. (al-Fatawa, Beirut, 1971, ms. 67).

Pendapat Syeikh Shaltut ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

Pertama: Tiada keterangan yang memuaskan, sama ada dalam al-Quran atau hadis menunjukkan Nabi Isa diangkat ke langit dengan roh dan jasadnya, beliau masih hidup dan akan turun ke bumi pada akhir zaman.

Kedua: Ayat-ayat yang membicarakan kewafatan Nabi Isa dan kemudian turun ke bumi tidak lebih daripada hanya janji Allah yang akan menamatkan tempoh ajalnya, mengangkatkan kedudukan dan martabatnya dan menyelamatkannya daripada ancaman kaum yang merancang untuk membunuhnya.

Janji ini telah terbukti kerana musuh-musuh tidak berjaya membunuh dan memalangnya, sebaliknya Allah menyempurnakan ajalnya dan mengangkat pangkat dan kedudukannya.

Ketiga: Bagi orang yang menolak kepercayaan Nabi Isa diangkat ke langit, Nabi Isa masih hidup hingga kini dan akan turun ke bumi pada akhir zaman, ia tidak boleh dianggap sebagai menolak akidah yang sabit menerusi dalil qat’iyy. Justeru itu ia tidak boleh disifatkan kufur atau terkeluar agama Islam.

"Patut juga disebutkan di sini, kumpulan antihadis berminat sekali dengan pendapat Shaltut ini. Mereka menjadikannya sebagai modal untuk menolak hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim secara lebih berani apabila Shaltut juga menolak hadis yang menyentuh tentang turunnya Isa. Tetapi seperti yang dikemukakan di atas, Shaltut hanya menolak hadis Ahad sebagai dalil utama bagi isu yang menyentuh akidah.

"Saya (Dr Abdul Hayei) lebih cenderung kepada pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama Islam sejak zaman sahabat lagi dan kemudiannya dituruti tabi’in.

"Lagipun, akidah terhadap turunnya Nabi Isa pada akhir zaman bukan isu baru. Ia diketahui sejak pembukaan kitab-kitab hadis bermula. Ulama hadis termasuk Imam Bukhari dan lain-lain menerima baik jalan-jalan riwayatnya dan menjadikannya antara tanda-tanda kiamat tanpa bantahan. Jika perakuan mutawatir yang dibuat oleh Anwar Shah al-Kashmiri itu diterima, maka tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan.

Berikut pula saya (IbnuYusof) catatkan sebanyak sedikit berkaitan planet Jupiter, yang dikatakan oleh Ustaz Amalludin Darus sebagai tempat tinggal Isa AS di langit:

Para saintis menjangkakan tiada kehidupan di planet Jupiter,
tapi mungkin ada hidupan di Sistem Solar Gliese 581
kerana sekurang-kurangnya 1 dari planetnya didapati mempunyai
air lautan yang banyak.

PLANET JUPITER

Jupiter adalah planet kelima dari matahari dan merupakan planet terbesar dalam sistem solar. Sekiranya Jupiter itu berlubang, maka lebih dari 1,000 planet bumi boleh mengisinya. Bayangkanlah betapa besar saiznya. Ia juga mengandungi jisim (matter) lebih banyak berbanding jika semua planet lain digabungkan. Jupiter mempunyai 28 satelit atau bulan yang mengelilinginya. Terdapat lingkaran (ring) pada Jupiter tapi ianya amat nipis dan tidak kelihatan dari planet Bumi.

Atmosfera Jupiter seperti matahari, terdiri dari hidrogen dan helium, serta sedikit methana, ammonia, wap air dan kompaun lain. Di dasar Jupiter, tekanan adalah amat kuat hinggakan atom hidrogen terlerai dan elektron-elektron terbebas, mengakibatkan atom-atom hanya mengandungi proton-proton saja. Ini mewujudkan keadaan bila mana hidrogen menjadi metalik.

Sistem cuaca di Jupiter adalah dinamik. Pola awan-awannya bertukar dalam beberapa jam atau hari. Terdapat satu kawasan dinamakan The Great Spot di mana ribut yang kompleks bergerak mengikut arah tawaf kiblat. Ringkasnya, di Jupiter terdapat ribut besar dan kecil yang sentiasa berlaku. Lingkaran (ring) dan bulan-bulan Jupiter berada dalam lingkaran (belt) radiasi elektron dan ion yang terperangkap di dalam medan magnetnya. (www.solarviews.com)

ADAKAH HIDUPAN DI JUPITER?

Nampaknya setakat ini tidak ada sebarang maklumat yang menyebut bahawa Jupiter sesuai untuk didiami oleh makhluk melata (dabbah).

Cuma, satu kumpulan ahli astromoni antarabangsa dari Perancis, Switzerland dan Portugal yang bertugas di European Southern Observatory telah menemui sebuah planet yang hampir serupa dengan planet Bumi, dan planet ini, yang besarnya 1.5 kali Bumi, berada di luar sistem solar. Planet misteri ini dikenalpasti dipenuhi oleh lautan tapi dipercayai mempunyai daratan juga, sebagaimana planet Bumi.

Planet ini berada dalam sistem Gliese 581, yang lebih sejuk, kecil dan kurang cahayanya berbanding matahari. Gliese 581 adalah antara 100 bintang yang terhampir dengan kita. Jaraknya ialah kira-kira 20.5 tahun cahaya, berada di gugusan bintang Libra. Cahaya matahari yang jaraknya 93 juta batu mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi. Bayangkan betapa jauhnya Gliese 581 yang "dekat" ini.

Planet berkaitan terletak di kawasan yang bergelar "zon boleh didiami" (habitable zone). Ini berdasarkan kefahaman manusia di bumi mengenai pentingnya air untuk menyokong kehidupan. Oleh kerana di sana terdapat banyak air, suhu yang agak serupa dengan planet Bumi dan jarak yang "dekat", planet berkenaan hampir pasti menjadi fokus terpenting penerokaan angkasa lepas di masa akan datang. Tujuan penerokaan itu adalah untuk mencari makhluk angkasa (extra-terresterial life).

Satu kumpulan ahli astronomi dari Geneva Observatory, Swizerland pula telah menemui satu lagi planet yang mengelilingi Gliese 581 ini dengan lajunya, iaitu 5.4 hari sekali keliling, dan besarnya kira-kira 15 kali planet Bumi. Apa pun, manusia di bumi belum dapat mempastikan sama ada planet-planet berkaitan mempunyai hidupan jenis dabbah (makhluk melata). (www.ufoarea.com)

IMAM MAHDI MUNCUL DARI BANGSA MELAYU?

Tidak lengkap Hasil Kajian kali ini jika saya tidak menyentuh soal yang akhir-akhir ini agak hangat diperkatakan oleh sebilangan orang Melayu, iaitu pendapat bahawa Imam Mahdi yang akan membantu Nabi Isa AS membunuh Dajjal itu akan muncul dari kalangan bangsa Melayu. Satu dua laman berbahasa Melayu telah mencatat agak panjang lebar mengenai kemungkinan ini. Setakat yang saya ketahui, tidak ada dalil Ayat Al-Qur'an mahupun Hadis yang memberitakan bahawa Imam Mahdi berbangsa Melayu. Maka hal bangkitnya Imam Mahdi dari kalangan orang Melayu hanyalah pendapat. Sebagai penulis artikel ini, saya tidaklah menyokong atau menafikan hal itu.

Cuma, saya ingin mencatat bahawa bangsa Malai (Melayu, Malay, Malai Ren atau Malai Karen) agak unik, kerana majoriti rumpun utamanya beragama Islam (di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Selatan Thai dan Selatan Filipina) dan banyak tanda-tanda bahawa (sebilangan dari) bangsa Malai ini bersungguh-sungguh mahu kembali menjadi bangsa yang hebat (penjajah, penjelajah, perintis, pedagang). Orang-orang Arab pun sudah tahu mengenai kemampuan bangsa Melayu dalam berbagai bidang, bukan di bidang agama saja. Salah seorang pakar bangsa Melayu kini adalah antara 6 pakar dari seluruh dunia yang terlibat dalam pembesaran Masjidil Haram, satu penghormatan buat bangsa misteri ini. Wallahua'lam.

KESIMPULAN

Sebagai penulis artikel Hasil Kajian ini, saya tidaklah berpendapat bahawa Jupiter sudah tentu tidak ada makhluk jenis dabbah (manusia juga digolongkan sebagai jenis ini, dalam Al-Qur'an). Ini kerana walaupun manusia di Bumi telah menjangkakan atmosfera dan suhu Jupiter, belum ada seorang pun manusia yang pernah sampai ke sana (menggunakan pesawat angkasa).

Begitu juga bagi planet di Sistem Gliese 581 yang berada jauh (20.5 tahun cahaya) tapi "dekat". Walaupun manusia di Bumi menjangkakan di sana terdapat lautan yang luas, itu belum tentu bermakna di sana ada dabbah.

Walaupun Jupiter atau planet di Gliese 581 akhirnya didapati ada dabbah, itu bukan bermakna Isa AS berada di sana. Di mana Isa AS, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Begitulah juga mengenai Imam Mahdi. Di mana dia, adakah dia sudah lahir atau belum, dan di manakah dia akan muncul, itu semua hanyalah di dalam ilmu Allah SWT. Yang penting bagi kita sebagai umat Islam ialah menginsafi kekuasaan Allah SWT dan berusaha menambahkan keimanan kita kepadaNya. Kita percaya kepada perkhabaran ghaib mengenai Isa AS dan berita-berita mengenai akhir zaman yang dikhabarkan di dalam Al-Qur'an serta Hadis-Hadis Sahih.

Ada pihak yang berharap agar Isa AS segera turun. Pada hemat saya, eloklah kita serahkan urusan "bila" itu kepada Allah SWT semata-mata. Hanya Dia yang tahu hikmahnya bilakah Isa AS patut turun dan membuktikan kebenaran Islam kepada golongan Yahudi, Nasrani, kaum musyrikin lain serta golongan yang langsung tidak percayakan Allah SWT. Pada hari ini dan seterusnya, kita semua perlulah berusaha untuk jadi Muslim sejati yang mendekatkan diri kepadaNya serta berusaha untuk menjadi kekasihNya, atas rahmatNya jua. Amin.

SUBHANALLAH

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.
Post a Comment

Google+ Badge

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

Google+ Followers

Follow by Email

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar