Total Pageviews

Popular Posts

PENDEDAHAN

bismillahhirahman nirrahimm..

Kajian ilmu ini adalah dipetik daripada:
www.megasutra.com.index.php
AHLI-AHLI KITAB TIDAK SUKA

Tentulah ahli-ahli kitab terutamanya dari kalangan Yahudi dan Kristian tidak suka pada apa yang saya dedahkan ini. Kalau boleh, mereka mahu agar orang-orang Islam tidak mengetahuinya langsung. Kalau boleh juga, mereka tidak mahu kitab yang ada pada mereka sekali lagi TERBATAL dengan sendirinya kerana pendedahan ini. Tapi apa boleh buat, saya harus dedahkan apa yang saya tahu untuk membela agama saya. Cukuplah mereka menghina Islam. Kali ini kita jawab secara ilmiah, agar mereka berfikir.

SARANAN MANFAATKAN KAJIAN

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1984 bila mana saya menunjukkan Kajian Fenomena Berulang kepada Pak Long saya (Allahyarham bekas seorang ustaz, wakil rakyat dan senator) pada tahun 1984. Beliau berpesan kepada saya agar memanfaatkan hasil kajian ini di Johor (sebab kami orang Johor). Saya juga telah jumpa Tuan Kadi Segamat pada ketika itu (kebetulan saudara saya, kini masih bertugas di Jabatan Agama Johor, tapi dia mungkin tidak tahu saya saudara dia) dan menunjukkan kajian Al-Fatihah ini kepada beliau. Kami berbincang sekitar setengah jam. Dia berpendapat bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian mungkin telah tahu (bahawa Al-Qur'an punya Fenomena Berulang) tapi merahsiakannya. Saya setuju dengan pendapat beliau sebab kalau dibuat carian (sekarang ini), jelas bahawa mereka memang telah lakukan perkiraan terhadap Bible dan mereka juga ada apa yang diistilahkan sebagai Bible Codes. Nilai Abjad (sebagai contoh 786 sebagai Nilai Abjad Basmalah) telah diketahui oleh kaum Yahudi sejak lama dulu iaitu semasa (sebelum) zaman Rasulullah SAW.

KAJIAN BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN

Cuma bezanya, saya lakukan kajian Fenomena Berulang dengan tujuan mendedahkan BUKTI-BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN, sedangkan mereka (Yahudi dan Nasrani, setakat yang saya tahu) menggunakan 'Bible Codes' untuk tujuan ramalan atau takwil. Pada hemat saya, Fenomena Berulang BUKAN untuk tujuan ramalan atau takwil tapi PEMBUKTIAN KEBENARAN. Itu adalah prinsip yang saya pegang. Mudah-mudahan saya tidak menyimpang dari NIAT yang asal. InsyaAllah.

Masing-masing jadi BUKTI antara satu sama lain. Inilah antara MUKJIZAT Al-Qur'an. Sila baca seterusnya.

Setelah bertemu ramai orang yang berilmu sambil menunjukkan Hasil Kajian ini, saya mendapati bahawa Kajian ini 'asing dan baru' pada mereka. Namun tidak seorang pun dari mereka ini yang menyekat saya dari meneruskan Kajian, mungkin kerana mereka sedar bahawa Kajian ini ada sesuatu yang bakal mendatangkan manfaat khususnya kepada umat Islam. Apa pun, kini saya telahpun mendedahkan sebahagian darinya ke seluruh dunia. Sesiapa saja boleh baca, renungkan, dan teruskan kajian. Sebenarnya saya tidaklah terlalu ghairah untuk mendedahkan ini (kerana tahu ia adalah sesuatu yang boleh dianggap kontroversi oleh umat Islam sendiri), sebab itu saya 'peram' kajian ini hinggalah ke tahun 2000. Pendedahan saya adalah atas rahmatNya jua.

PENDEDAHAN KAEDAH MEMPEROLEHI BUKTI

Jika anda teliti siri-siri Hasil Kajian, anda tentu nampak bahawa saya lebih fokus terhadap mendedahkan kaedah-kaedah pengiraan bagaimana FENOMENA SERUPA-SERUPA, DIDUA-DUAKAN dan BERULANG (dalilnya Surah Az-Zumar 39:23 dan Al-Hijr 15:87) itu saya temui. Maka ia mungkin membosankan anda, kerana seolah-olah saya bentangkan perkara yang serupa.

Sebenarnya tidak. Ada LAUTAN CARA bagaimana sesuatu ISU itu boleh diperhatikan dan menghasilkan BUKTI. Maka kalau anda lihat saya telah bincang mengenai ALIF sebelum ini, artikel kali ini akan mendedahkan FENOMENA BERULANG yang lain, dari sudut pemerhatian yang lain. Kerana itu, sesiapa yang berminat meneliti pendedahan saya akan nampak bagaimanakah AL-FATIHAH (surah yang sebegitu ringkas, hanya 141 huruf) dapat menzahirkan LAUTAN BUKTI KEBENARAN.

KEMUNGKINAN BILANGAN ALIF AKAN 'DISERANG'

Huruf ALIF dalam Al-Fatihah adalah jenis huruf yang mungkin berdepan dengan kontroversi
(sama ada ia patut ada atau tidak). Ini kerana jika Al-Fatihah itu dikatakan lebih atau kurang dari 141 huruf, maka perbezaannya adalah pada huruf ALIF saja. Lagipun, saya BERDEPAN dengan PERBEZAAN EJAAN yang berlaku pada Al-Fatihah dalam MUSHAF TAJWID (dieja dengan 139 huruf) dan Mushaf Tajwid ini disebar-luaskan oleh Kerajaan Arab Saudi ke seluruh dunia. Saya BERDEPAN dengan SEBUAH KERAJAAN yang amat berpengaruh. Siapa sajalah saya ini? Maka cara terbaik ialah mendedahkannya cara ini, agar sesiapa saja (yang berilmu lagi berminat mengkaji) boleh baca dan kaji, kemudian sesiapa yang ada kuasa dan pengaruh, silalah betulkan mana-mana yang kurang tepat. Kebenaran tetap KEBENARAN, dan kebenaran perlu ditegakkan. Kalau saya SALAH, harap silalah betulkan saya dan berikan hujah-hujah yang terbukti benar.

KITA LIHAT BUKTI PADA POSISI 24 ALIF

Oleh itu kali ini kita akan perhatikan huruf ALIF saja. Kita akan kira SEMUA Posisi ALIF yang ada dalam Al-Fatihah dan mencampurkan Posisi tersebut. Jawapannya ialah 1733. Sebagaimana biasa, kita akan cari Posisi Implisit dalam 141 tapak. Jawapannya ialah Posisi 41. Lihat Posisi 41. Huruf di sana MIM, yang mempunyai Nilai Mufrad TEPAT 24, iaitu SERUPA dengan JUMLAH HURUF ALIF dalam Al-Fatihah iaitu 24. Lihat Jadual di bawah ini. Petak-petak kuning adalah Posisi 24 Huruf Alif. Posisi yang saya tandakan merah adalah Posisi 41 yang mana Nilai Mufrad MIM (24) SERUPA dengan Jumlah ALIF (24).

Saya warnakan kuning semua Posisi HURUF ALIF yang ada dalam Al-Fatihah.
Kemudian saya campurkan kesemua Posisi tersebut, dapat 1733 lalu saya cari IMPLISIT dalam 141,
dapat 41. Itu adalah angka yang SERUPA JENIS dengan 141. Tapi yang lebih menarik ialah
HURUF yang berada di situ. Ia ialah MIM yang punya Nilai Mufrad 24.
Mengapakah ia boleh SERUPA dengan JUMLAH ALIF dalam Al-Fatihah?

Lihat kembali 1733. Campurkan secara mendatar akan dapat 1+7+3+3 = 14. Ia seolah-olah menjelaskan bahawa dengan ALIF inilah jumlah semua huruf Al-Fatihah akan jadi 141 dan 141 adalah Angka Berulang ke 14. Perhatikan pula Posisi Implisit 41. Sekali lagi anda akan nampak jenis angka SERUPA dipaparkan. 14:41 dan isu 141 huruf. Satu perkara lagi, 41 itu sendiri petunjuk kepada hujungan yang patut ada pada bilangan huruf Al-Fatihah. Ia seperti ini: "Al-Fatihah itu tentulah lebih dari 100 huruf. Berapa lebihnya? Jawapannya dari sudut MUKJIZAT MATEMATIK AL-FATIHAH ialah 41, bukan 39". Subhanallah.
Cermin

IMEJ CERMIN SEBAGAI BUKTI

Bukan mudah untuk seseorang itu menghargai (appreciate) kalau setakat saya catat bahawa IMPLISIT 1733 menghasilkan Nilai Mufrad yang SERUPA dengan Jumlah Huruf Alif. Mungkin ramai yang menyatakan itu hanya 'kebetulan'.

Sebenarnya itu bukan hanya BETUL tapi satu MUKJIZAT. Saya akan tunjukkan kepada anda cara melihat mukjizat itu.

Kini lihat semula 1733. Cuba terbalikkan. Ini adalah KAEDAH IMEJ CERMIN, salah satu kaedah yang saya gunakan dalam kajian. Terbalikkan 1733 jadi 3371. Sekarang cari Implisitnya dalam 141 tapak. Kita cari IMPLISIT TRANSISI kali ini.

Tapi jawapannya 128. Hairan? Mengapa pula 128? Lihat semula ISU PERKIRAAN. 1733 telah diterbalikkan, maka jawapannya perlulah TERBALIK. 128 yang dilihat tadi adalah Posisi dari Pangkal. Lihat Posisi TERBALIK 128 (dari Hujung). Ia berada TEPAT di POSISI 14. Maka nampakkah anda? 1733 IMPLISITNYA 41. 3371 IMPLISITNYA 14. Angka 14 dan angka 41 adalah IMEJ CERMIN. Subhanallah.

Oleh itu, kalau dapat satu jawapan, fikir dulu ISUNYA. Jangan cepat buat kesimpulan bahawa ia tidak punya apa-apa rahsia atau makna. Itulah MUKJIZAT Al-Qur'an. Anda dapat saksikan dengan mata kepala anda sendiri.

ADA LAGI

Sebenarnya saya belum habis lagi menerangkan kepada anda. 128 adalah IMPLISIT TRANSISI, maknanya anda perlu TERBALIKKAN ia jika anda mahu mendapatkan jawapan yang MENUNGGU.

Terbalikkan 128 jadi 821. Kini kita akan dapatkan IMPLISIT SEBENAR yang akan jadi penentu. IMPLISIT 821 dalam 141 ialah TEPAT 116. Kenapa pula saya katakan TEPAT? Lihat Huruf di Posisi 116. Di situ terletak MIM, Nilai Mufradnya SERUPA 24 (K). Ia SERUPA dengan Jenis Huruf yang berada di Posisi 41 (D).

Itulah dia MUKJIZAT yang saya katakan. Lihat Jadual 24 POSISI ALIF di atas ini. Perkiraan IMEJ CERMIN menghasilkan 24:24 sebagai jawapannya. Subhanallah.

INI CERITA BESAR, WALAUPUN BARU ALIF

Kalaulah Muhammad SAW yang (dituduh) mencipta Al-Qur'an, adakah anda fikir baginda ada masa untuk mengira ini semua? Ada BANYAK yang perlu dikira sebenarnya, bukan ini saja. Sudah 25 tahun saya buat kajian. Kalau 1 hari saja dalam seminggu saya 'dapat ilham' untuk kira, ada 1,303 BUKTI untuk 'dihasilkan'. Itu BANYAK bagi Surah yang seringkas ini. BANYAK LAGI yang belum saya temui. BANYAK LAGI. Subhanallah. Ini bukan soal sesuatu bilangan huruf boleh dibahagi 19 (sebagaimana kajian sesetengah sarjana), tapi ini adalah soal pengiraan TEORI SET yang amat kompleks sebenarnya. Soal ini membabitkan APA HURUF yang patut diletakkan DI MANA, dan apakah KESANNYA bila ia diletakkan di situ, kesannya ke atas SELURUH AL-QUR'AN dari sudut FIZIKAL, dari segi PENGERTIAN (ESTETIKA), BUNYI, POSISI, LETAK AYAT, LETAK SURAH, LETAK HURUF, dan banyak lagi. Ini bukan cerita kecil, ini CERITA BESAR.

Saya tandakan warna hijau SEMUA huruf yang berada di Posisi CERMIN ALIF. Kemudian saya
kira Nilai Mufrad huruf-huruf tersebut. Jumlahnya 414 bukan saja BERULANG tapi itulah
SATU-SATUNYA nombor PATUT JADI JAWAPAN...!

Dalam bahasa Inggeris: "This CANNOT happen by CHANCE". Tidak ada nombor lain yang jadi kemungkinan. Tapi MENGAPA NOMBOR ITU yang jadi JAWAPAN?

KITA LIHAT LAGI KAEDAH IMEJ CERMIN

Anda telah dapat angka 141, 41 dan 14 dalam hal memperhatikan 24 POSISI huruf ALIF dalam Al-Fatihah. Cuba renungkan. Apakah satu nombor yang masih TIADA? Tentu jawapannya MUDAH, iaitu 414. Adakah 414 bersembunyi di mana-mana? Anda tidak akan dapat hargai (appreciate) kalau ia diperolehi dengan cara yang tidak ada sandaran logik, betul atau tidak? Oleh itu, sila TERBALIKKAN POSISI. Campur SEMUA Mufrad Huruf yang berada di Posisi SERUPA dengan Posisi ALIF, tapi kini dari HUJUNG AL-FATIHAH. Lihat Jadual di atas.

Berapa jawapannya? Kita tasbih dulu, Subhanallah. Baru lihat jawapannya BERULANG 414. Sebenarnya saya sudah kira ia terlebih dulu, barulah saya tulis para ini, sebab itulah saya boleh tulis sedemikian.

JANGAN PENING, PELUKLAH AGAMA ISLAM

Bagi yang bukan Islam, jangan pening. Ini semua adalah BUKTI bahawa Al-Qur'an BUKAN ciptaan manusia. Masuklah Islam dan tinggalkanlah agama yang mana matematiknya haru-biru. Nampaknya pihak-pihak yang menuduh bahawa Muhammad SAW mencipta Islam dan mencipta Al-Qur'an pun kini jadi pening kepala. Bagaimanakah mungkin Surah yang sebegini RINGKAS (hanya 141 huruf) punya BUKTI KEBENARAN (bahawa Al-Qur'an bukan ciptaan Muhammad SAW) yang begitu banyak? Ini BARU huruf ALIF saja sudah pening dan sudah kantol. Kalau mahu tuduh Muhammad SAW yang CIPTA Surah ini, cubalah buat yang setanding dengan ini (entah berapa kali telah saya ulang ayat ini). Lagipun sekarang ini ada bermacam kemudahan untuk mengira dengan AMAT PANTAS. Kalau di masa kini dengan teknologi CANGGIH pun mereka tidak dapat buat Surah yang setanding, mengapa pula mereka TUDUH Muhammad SAW menciptanya 1,500 tahun lampau?

InsyaAllah kita akan jumpa lagi di siri Hasil Kajian selanjutnya.

Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahua'lam.

No comments:

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar