Total Pageviews

Popular Posts

MESEJ PENTING KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Wahai saudaraku yang tidak bersembahyang, ketahuilah bahawa:

Sembahyang adalah tali penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya.Ia juga adalah amalan paling disukai Allah sebagaimana diterangkanoleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ImamAhmad yangbermaksud:

"Janganlah engkau meninggalkan sembahyang dengan sengaja keranasesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan Allah danRasulNya telah terlepas daripada dirinya."

Sembahyang Menghapuskan Dosa

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah mengampunkansegala dosa dan dengannya Allah meninggikan darjat seseorang?" Para sahabatmenjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda menjawab: "Menyempurkanwuduk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu dingin),memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang berikutnya setelah selesai menunaikan sembahyang sebelumnya, kerana yang demikianitu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melakukan ibadat berpanjangan." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Pendirian Sayyidina Umar dan Abu Bakar Terhadap Sembahyang

Tidakkah engkau ketahui bahawa Abu Bakar al-Siddiq telah memerangiorang-orang yang enggan mengeluarkan zakat sedangkan ia adalah fardu Islam yang kedua. Apa pula pandangan engkau jika mereka engganmenunaikan sembahyang sedangkan ia adalah fardu yang pertama?

Setelah Sayyidina Umar ibn al-Khattab ditikam, beliau tetap bersembahyang sedang darah keluar daripada lukanya. Beliau berkata: "Tiada bahagian bagi seseorang daripada Islam jika dia mensia-siakan sembahyang."

Ibadat Yang Unik

Tidakkah engkau tahu bahawa sembahyang adalah satu-satunya ibadat yang difardukan di langit iaitu ketika berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj?

Sembahyang juga adalah wasiat terakhir Rasulullah saw kepada umatnya ketika baginda bersabda yang bermaksud: "Peliharalah sembahyang... peliharalah sembahyang... dan berbuat baiklah kepada para hamba yang kamu miliki... " Diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Sembahyang juga adalah ibadat yang tetap mesti ditunaikan sama ada oleh orang yang sihat atau sakit, musafir atau muqim, kaya atau miskin, bersalahan dengan haji, puasa dan zakat.

Sembahyang Adalah Keselamatan

Sembahyang menyelamatkan seseorang daripada seksaan kubur. Rasulullah saw telah bermimpi bahawa seorang lelaki sedang diseksa di dalamkuburnya, kemudiannya sembahyangnya datang lalu menyelamatkannya. Diriwayatkan oleh al-Tabarani.

Sembahyang juga menyelamatkan seseorang pada hari kebangkitan semula. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sembahyangnya, makasembahyangnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) danmenyelamatkannya pada hari kiamat." Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Sembahyang juga menyelamatkan seseorang daripada azab neraka. SabdaRasulullah saw yang bermaksud: "Pasti tidak akan masuk nerakaseseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum iatenggelam (iaitu sembahyang subuh dan asar)." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

WAHAI ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG, INGATLAH!

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak bersembahyang, maka tiada agama baginya." Diriwayatkan oleh al-Suyuti.

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar, maka terhapuslah segalapahala amalannya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba bersembahyang, segala dosanyadatang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya.Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran."

"Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah sembahyang.Jika sembahyangnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika rosaksembahyangnya, maka rosaklah segala amalannya yang lain." Diriwayatkanolehal-Tabarani.

Sesiapa tidak menunaikan sembahyang kerana sibuk dengan kerajaannya,dia akan dibangkitkan bersama dengan Fir'aun. Jika keranakementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Haman. Jikakerana hartanya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Qarun. akerana perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubayy binKhalaf. Kesemua mereka di dalam neraka.

Ketahuilah bahawa:

Sembahyang adalah tiang agama. Ia boleh mencegah daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Islam dibina di atas sembahyang, bersamadengan mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

Ustaz Mohamad bin Ismail Sekretariat Pembangunan Belia ISMA Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

No comments:

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar