Total Pageviews

Popular Posts

remaja itu akulah jua

   Siapa kata fasa remaja adalah fasa yang mudah untuk diredah? Terlalu banyak ujian,dugaan dan mehnah yang perlu ditongkah dek diri yang serba hina ini. Meski susah dan payah, terus kita wajib gagah melangkah dengan merangkak perlahan menulusuri ranjau kehidupan yang penuh dgn pelbagai ranjau. Fasa hidup baru mula dijengah, dengan sifat ingin tahu yang amat tinggi,kita mencuba segala yang di hadapan mata tersembah. Kadang-kadang kita tersungkur, terjelopok dek langkah yang salah. Namun kita bangkit semula dengan penuh gah. Ya! Bukankah kita muslim dab muslimah sejati yang tabah, mengejar Redha Allah itu jangan pernah lelah tanpa arah. Kelak semua akan dinilai ditolak tambah, disoal ditanya sebanyak mana di dunia ini telah kita beribadah?Ya Allah....


Fasa remaja adalah sebuah fasa yang menentukan keperibadian seseorang insan di masa hadapan. Susah bukan?

Jikalau baik usia mudanya, baiklah jua usia tuanya. Insha Allah..


Lalu persoalan lain mula timbul, "Adakah ini bermakna, jika usia remaja milikkku sudah teruk dan buruk, buruklah jua usia tuaku?" .....Masha Allah..



Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menerima Taubat hamba-hamba -Nya. Bertaubatlah. Sekecil mahupun sebesar mana khilaf dosa kita kepadaNya, hanya Dia yang akan menilai-Nya. Bukan manusia ciptaan -Nya. Pulanglah pada Yang Maha Satu,Maha Esa, kerana Dia yang Maha Mengetahui segala-gala Nya.



Oh My Allah, Fasa remaja ini bagiku amatlah payah lagi !






Aku adalah seorang muslimah hamba Allah. Aku wajib menjaga ibadah.

Aku adalah seorang umat Nabi Muhammad SAW. Aku ingin menjadi sebaik-baik ummat.
Aku adalah seorang anak. Aku ingin menjadi anak yang solehah.
Aku adalah seorang kakak. Aku perlu menjadi contoh yang terbaik.
Aku adalah seorang sahabat, rakan, teman. Aku mestilah sentiasa menjaga hak-hak dalam berukhuwah.
Aku adalah seorang pelajar. Aku wajib laksanakan tanggungjawab ku sebagai pelajar.
Aku adalah harapan agama, harapan umat dan negara. Aku wajib menjadi sebaik-baik insan.
Aku adalah seorang remaja. Aku wajib memperbaiki peribadi supaya tak tersasar arah nanti.


Oh My Allah, Kelak akan aku melangkah suatu fasa yang amat berbeza.




Kelak akan aku menjadi seorang isteri. Menjadi Sayap kiri mujahid itu yang diimpikan.

Kelak akan aku menjadi seorang ibu. Mendapat zuriat soleh solehah yang diharapkan.
Kelak akan aku mula bekerja. Suri rumah tangga pun sebuah tanggungjawab juga.
Kelak akan aku menyumbang tenaga buat agama. Tak mahu ketinggalan dalam barisan.


Oh My Allah. Menjadi seorang remaja memang payah, susah. Tetapi hidup Rasulullah SAW itu bukankah lagi mencabar usia remaja  Baginda?. Usia remaja para sahabat dahulu dihabiskan dengan beribadat. Berjuang, berperang menegakkan sebuah kalimat tidak hirau lelah dan penat.



Namun mengapa kini, kami mengeluh? Kami seakan lupa, lalai dan alpa?



Perjuangan kami kini sememangnya berbeza corak cabarannya, namun sama hebat asakannya.



Islam itu akan bangkit semula pada akhirnya. Bukankah Allah sudah janji pada kita? Yang tinggal hanyalah pilihan sama ada kita mahu menyumbang pada kebangkitan Islam itu ataupun tidak. Janganlah di akhir nanti, semua orang bersorak meraikan kemenangan atas perjuangan orang lain laksanakan. Kita duduk berpangku memeluk lutut, kerana dahulunya dalam berjuang kita tidak turut ikut.


  • Ya Allah, Kau bukakanlah hati-hati, tunjukilah kami jalan di saat kami dibuai kejahilan,Kesombongan daripada Diri Sendiri...
  • Ya Allah, sedarkanlah kami sewaktu kami lalai dibuai dihanyut nafsu cinta dunia.
  • Ya Allah, ketukkanlah pintu hati kami supaya kami sama-sama berdiri dalam sof menaikkan agamaMu.
  • Ya Allah, pilihlah kami di antara syabab dan fatayat yang Rasulullah banggakan.
  • Ya Allah, kami ini lemah hanya Engkau yang Maha Perkasa, Permudahkanlah Ya Allah.
  • Ya Allah, biarlah di Hari Pembalasan nanti, bangkitkanlah kami dalam barisan mereka yang syahid dalam menegakkan kalimahMu Ya Allah.




No comments:

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box


Shoutbox

Followers















MATA PENA








saya sayang mak abah




















































ALLAHU ALLAH











MATA PENA










NAFS





SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD



















♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

remaja itu akulah jua

   Siapa kata fasa remaja adalah fasa yang mudah untuk diredah? Terlalu banyak ujian,dugaan dan mehnah yang perlu ditongkah dek diri yang serba hina ini. Meski susah dan payah, terus kita wajib gagah melangkah dengan merangkak perlahan menulusuri ranjau kehidupan yang penuh dgn pelbagai ranjau. Fasa hidup baru mula dijengah, dengan sifat ingin tahu yang amat tinggi,kita mencuba segala yang di hadapan mata tersembah. Kadang-kadang kita tersungkur, terjelopok dek langkah yang salah. Namun kita bangkit semula dengan penuh gah. Ya! Bukankah kita muslim dab muslimah sejati yang tabah, mengejar Redha Allah itu jangan pernah lelah tanpa arah. Kelak semua akan dinilai ditolak tambah, disoal ditanya sebanyak mana di dunia ini telah kita beribadah?Ya Allah....


Fasa remaja adalah sebuah fasa yang menentukan keperibadian seseorang insan di masa hadapan. Susah bukan?

Jikalau baik usia mudanya, baiklah jua usia tuanya. Insha Allah..


Lalu persoalan lain mula timbul, "Adakah ini bermakna, jika usia remaja milikkku sudah teruk dan buruk, buruklah jua usia tuaku?" .....Masha Allah..



Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menerima Taubat hamba-hamba -Nya. Bertaubatlah. Sekecil mahupun sebesar mana khilaf dosa kita kepadaNya, hanya Dia yang akan menilai-Nya. Bukan manusia ciptaan -Nya. Pulanglah pada Yang Maha Satu,Maha Esa, kerana Dia yang Maha Mengetahui segala-gala Nya.



Oh My Allah, Fasa remaja ini bagiku amatlah payah lagi !






Aku adalah seorang muslimah hamba Allah. Aku wajib menjaga ibadah.

Aku adalah seorang umat Nabi Muhammad SAW. Aku ingin menjadi sebaik-baik ummat.
Aku adalah seorang anak. Aku ingin menjadi anak yang solehah.
Aku adalah seorang kakak. Aku perlu menjadi contoh yang terbaik.
Aku adalah seorang sahabat, rakan, teman. Aku mestilah sentiasa menjaga hak-hak dalam berukhuwah.
Aku adalah seorang pelajar. Aku wajib laksanakan tanggungjawab ku sebagai pelajar.
Aku adalah harapan agama, harapan umat dan negara. Aku wajib menjadi sebaik-baik insan.
Aku adalah seorang remaja. Aku wajib memperbaiki peribadi supaya tak tersasar arah nanti.


Oh My Allah, Kelak akan aku melangkah suatu fasa yang amat berbeza.




Kelak akan aku menjadi seorang isteri. Menjadi Sayap kiri mujahid itu yang diimpikan.

Kelak akan aku menjadi seorang ibu. Mendapat zuriat soleh solehah yang diharapkan.
Kelak akan aku mula bekerja. Suri rumah tangga pun sebuah tanggungjawab juga.
Kelak akan aku menyumbang tenaga buat agama. Tak mahu ketinggalan dalam barisan.


Oh My Allah. Menjadi seorang remaja memang payah, susah. Tetapi hidup Rasulullah SAW itu bukankah lagi mencabar usia remaja  Baginda?. Usia remaja para sahabat dahulu dihabiskan dengan beribadat. Berjuang, berperang menegakkan sebuah kalimat tidak hirau lelah dan penat.



Namun mengapa kini, kami mengeluh? Kami seakan lupa, lalai dan alpa?



Perjuangan kami kini sememangnya berbeza corak cabarannya, namun sama hebat asakannya.



Islam itu akan bangkit semula pada akhirnya. Bukankah Allah sudah janji pada kita? Yang tinggal hanyalah pilihan sama ada kita mahu menyumbang pada kebangkitan Islam itu ataupun tidak. Janganlah di akhir nanti, semua orang bersorak meraikan kemenangan atas perjuangan orang lain laksanakan. Kita duduk berpangku memeluk lutut, kerana dahulunya dalam berjuang kita tidak turut ikut.


  • Ya Allah, Kau bukakanlah hati-hati, tunjukilah kami jalan di saat kami dibuai kejahilan,Kesombongan daripada Diri Sendiri...
  • Ya Allah, sedarkanlah kami sewaktu kami lalai dibuai dihanyut nafsu cinta dunia.
  • Ya Allah, ketukkanlah pintu hati kami supaya kami sama-sama berdiri dalam sof menaikkan agamaMu.
  • Ya Allah, pilihlah kami di antara syabab dan fatayat yang Rasulullah banggakan.
  • Ya Allah, kami ini lemah hanya Engkau yang Maha Perkasa, Permudahkanlah Ya Allah.
  • Ya Allah, biarlah di Hari Pembalasan nanti, bangkitkanlah kami dalam barisan mereka yang syahid dalam menegakkan kalimahMu Ya Allah.




No comments:

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar