Total Pageviews

Popular Posts

Manisnya Madu !

Kita biasa mendengar perumpamaan Melayu menyebut
manis seperti madu. Memang benar kerana  madu  adalah pemanis semulajadi yang sememangnya sangat manis! Madu boleh digunakan sebagai pilihan yang lebih berkhasiat untuk menggantikan gula dalam makanan mahupun minuman seharian. Kelebihan madu ini bukan sahaja pada rasanya tetapi keupayaannya untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan dan merawat pelbagai penyakit!

Madu Minuman Ciptaan Allah

Firman Allah dalam surah an Nahlu ayat 69 
“..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warna, yang mengandungipenawar bagi manusia(dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.  Sudah pasti apa yang dijanjikan Allah ini adalah ciptaanNya yang sangat unggul.

Sabda Baginda Nabi Sallallahualaihiwasallam “Ambilllah, pergunakanlah olehmu sekelian dua penyembuh iaitu madu dan al Quran”( Riwayat Ibnu Majah).

Pastinya madu adalah minuman ciptaan Allah yang tidak dapat dihasilkan melalui mana-mana sebatian kimia di dalam makmal!

Pembekal Tenaga Segera!

Madu mengandungi gula ringkas yang dapat menghasilkan tenaga segera apabila diminum. Kandungan glukosa dalam madu diserap terus oleh tubuh untuk membekalkan tenaga segera manakala kandungan fruktosanya pula diserap dengan lebih perlahan untuk membekalkan tenaga yang berterusan.

Jelasnya madu sangat sesuai diamalkan oleh semua orang yang perlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka samada golongan pelajar, pekerja mahpun ahli sukan, golongan kanak-kanak, dewasa mahupun yang lanjut usia! Bagaimanapun kanak-kanak di bawah umur 1 tahun tidak disarankan mengambil madu kerana risiko penyakit infant botulism.

Anti Bakteria, Anti Virus, Anti Fungus, Anti Septik dan Anti Inflamasi Semulajadi!

Ciri-ciri ini menjadikan madu sebagai"booster" yang kuat kepada sistem daya tahan tubuh. Madu bukan sahaja berupaya melawan jangkitan dan membantu menyembuhkan tisu, malah dapat melegakan inflamasi dan mengurangkan parut.
Madu turut didapati berkesan merawat masalah penghadaman seperti cirit-birit, ketidakhadaman, ulser perut dan gastrik serta masalah-masalah lain seperti resdung dan gout.

Merawat Luka & Mengurangkan Parut!

Madu turut menjadi penawar semuladi untuk masalah luka dan melecur. Ciri madu yang anti septik dan anti bakteria dapat menghalang pembiakan bakteria dan jangkitan. Madu juga berfungsi sebagai  anti inflamasi yang berupaya mengurangkan sakit dan bengkak serta parut.

Ubat Batuk Semulajadi!

Keunikan madu adalah pada sifatnya yang anti bakteria dan anti inflamasi. Ini menjadikan madu penawar semulajadi yang sangat mujarab untuk masalah batuk dan sakit tekak. Tak perlu lagi kepada ubat batuk yang mengandungi dadah yang boleh memberi kesan sampingan! Madu dapat menyamankan tekak dan berupaya membunuh sesetengah bakteria yang menyebabkan jangkitan. Sebagai tambahan, boleh amalkan madu bersama limau nipis atau lemon samada dimakan terus atau dibancuh ke dalam segelas air suam dengan secubit garam untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

Campuran madu bersama susu kambing berkesan untuk membantu merawat jangkitan paru-paru.

Agen Awet Muda!

Madu juga sesuai digunakan secara luaran untuk mencantikkan kulit. Kalau nak awet muda, madu wajib dijadikan minuman harian dan digunakan sebagai masker di muka! Sebagai alternatif, boleh sapukan jus Qaseh di muka atau dijadikan  masker untuk membersihkan kotoran serta menjadikan kulit lebih bertenaga, lebih segar dan kelihatan lebih muda!

Keupayaan madu untuk menyerap kelembapan dari udara dan mengekalkan kelembapan pada tempat yang disapu menjadikan kulit segar dan mengelakkan kekeringan.  Ciri anti bakteria madu didapati sangat berkesan untuk membersihkan kulit dan merawat jerawat!

Ciri anti oksida madu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV matahari , menggalakkan pertumbuhan sel baru pada kulit serta mengurangkan parut.

Agen Mencerdaskan Minda!

Kandungan glukosa dan fruktosa semulajadi dalam madu berupaya merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih peka dan lebih daya tumpuan serta menguatkan daya ingatan.  Bukan sahaja kanak-kanak dan golongan pelajar yang perlu mengamalkan madu, malah kita yang dewasa ini pun perlu kepada minda yang cerdas kerana minda yang bertenaga turut berperanan mempengaruhi kecergasan tubuh badan.

Ubat Tidur Lena!

Jika susah tidur, boleh amalkan madu dengan segelas susu panas (sebaik-baiknya susu kambing PowerGoat Ana lah ya J).

 Pendek kata, madu adalah penawar kepada 1001 penyakit yang tak mungkin dapat disenaraikan semuanya di sini. Malah kehebatan madu masih banyak perlu dikaji oleh manusia dan pastinya masih belum terungkai rahsianya. Hanya Allah yang Maha Pencipta sahaja yang Maha Mengetahui. Sebagai hambaNya, apa kata kita jadikan madu ikhtiar dan pilihan utama dalam penjagaan kesihatan demi memaksimakan keupayaan diri sebagai hamba Allah dan khalifahNya di dunia. Wallahu alam.

QASEH GOLD mengandungi madu asli dan pelbagai makanan sunnah lain seperti kurma, habbatus sauda', tiin, zaitun, delima dan air zam-zam serta za'faran dan gam arabic untuk meningkatkan kesihatan fizikal minda dan emosi insya Allah. Nak AWET MUDA, boleh amalkan QASEH!

No comments:

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA

SAY ASSALAMUALAIKUM, MOGA ALLAH REDHA
Tutorials">box

Shoutbox

Followers

MATA PENA

saya sayang mak abah

ALLAHU ALLAH

MATA PENA

NAFS

SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
SHAHIDA AMIRA ISMAIL
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
DIPLOMA IN ISLAMIC CONTEMPORARY
~PART TIME QASEH GOLD DISTRIBUTOR, PRODUCT SUNNAH NUTRITION FOOD

♥ SYUKRAN JAZILAN YA UKHTANA WA SHABAB! ♥

GARDEN OF KNOWLEDGE

Pautan luar